Sunday, March 29, 2009

Sesi Kuliah SKSJ 1013 Pengantar Sains Politik

Semalam 28 Mac 2009 (sabtu) merupakan kuliah terakhir bagi pusingan pertama pada semester 2 ini. Kursus SKSJ 1013 Pengantar Sains Politik di sampaikan oleh Prof. Dr. Ghazali Mahyudin di Bilik kuliah 3F 301 yang di ikuti oleh seramai 19 orang pelajar. Untuk makluman Tok Ketua hadir sebaik sahaja kuliah selesai kerana jirannya telah meninggal dunia pada pagi yang sama, sementara itu Hatta pula sibuk mengikuti hari terakhir persidangan Agong UMNO Malaysia. Kelas dapat diikuti dengan ceria disulami pelbagai lontaran pendapat dan soalan antara pelajar dan Prof. Ghazali. Pelbagai isu politik semasa turut diperjelaskan dan diperbincangkan termasuk mengenali istilah golongan APATHY dan mobokrasi.

Bagi tujuan peperiksaan pula, Prof. Ghazali menjelaskan terdapat dua bahagian yang perlu dijawab iaitu;

Bahagian A:

Terdapat 7 soalan dan perlu di jawab 5 soalan sahaja dengan jawapan soalan tentang penjelasan konsep dan istilah tertentu. Jawapan patut dibuat dalam bentuk esei pendek.

Bahagian B:

Terdapat 4 soalan dalam bahagian ini dimana semua pelajar perlu menjawab 2 sahaja dengan esei panjang selengkapnya berdasarkan skop soalan.

Bagi kerja kursus dan kajian kes pula hendaklah dihantar pada atau sebelum 30 Mei 2009.

Terima kasih.

Tuesday, March 17, 2009

Salam Dari Dr. Kartini

Assalamualaykum & salam sejahtera.

Dear students,

I hope this email finds you well. Please find the attachment file for individual assignment. Kindly complete the assignment and submit it on the exact deadline. Good luck.

p/s should you have any question regarding the assignment, I am more than happy to help.

To Mr Moderator at www.siswa2a.blogspot.com please kindly post the assignment on your blog. I enjoy reading your blog and it is thrilled to know that your group is very enthusiastic.

take care and have a great day.

With best,
Dr. K

Sesi Kuliah SKSJ 1023 Pengantar Teori Politik

Kelmarin 15 Mac 2009 (Ahad) kita telah mengikuti Sesi Kuliah Kursus SKSJ 1023 Pengantar Teori Politik yang disampaikan oleh Dr. Kartini binti Khalid. Walau bagaimanapun saya tidak dapat bersama rakan-rakan mengikuti kuliah tersebut kerana urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Saya difahamkan pada pertemuan akan datang, quiz akan diadakan dan rakan-rakan semua hendaklah bersedia. Semua pelajar dikehendaki menghantar nama, no. pelajar dan alamat emel kepada Dr. Kartini melalui emel dengan segera bagi tujuan rekod. Emel Dr. Kartini ialah kartini_khalid@yahoo.com. Pohon kawan-kawan yang ada nota2 berkaitan, pohon emelkan kepada saya untuk diuploadkan.

Bagi tugasan esei individu, markah yang diperuntukan ialah 20%. Markah quiz juga 20% dan final exam memberi markah 60%. Sila hantar tugasan kepada Puan Deti Irmayani pada pada hari Ahad 16 Mei 2009. Tugasan lewat dihantar tidak akan diterima. Tajuk-tajuk kertas tugasan adalah seperti berikut;

01. Apakah gambaran ciri seorang pemerintah yang diimpikan oleh Plato dalam karyanya "Republic.”
02. Bincangkan pendekatan Behavioralist yang dilihat lebih objektif dan empirik.
03. Bahaskan bicara the end justifies the mean dalam teori klasik Machiavelli.
04. Ramalan Marx bahawa kapitalisme akan musnah dan digantikan dengan sosialisme adalah tepat. Bahaskan.
05. Sejauhmana kemunculan kelas dalam masyarakat adalah hasil daripada aktiviti ekonomi.
06. Dalam teori kelas, kesedaran kelas adalah matlamat utama yang mahu dicapai. Bincangkan.
07. Menurut teori konflik, undang-undang dicipta oleh golongan atasan untuk memelihara kepentingan mereka. Nyatakan pendapat anda.
08. Pendekatan mendapatkan persetujuan menerusi hegemoni adalah juga false consciousness. Bincangkan.
09. Penerapan taat setia menerusi superstructure membolehkan sesuatu regim mengekalkan pemerintahannya. Nyatakan hujah anda.
10. Nyatakan perbezaan dan persamaan hegemoni dalam pandangan Gramsci dan Marx.
11. Teori modernisasi merujuk kepada model pemodenan Barat sebagai panduan pembangunan yang sesuai untuk negara sedang membangun. Setuju atau tidak.
12. Hubungan satelit dan metropolis sehingga kini masih menunjukkan dominasi dan eksploitasi. Bincangkan.
13. Menurut teori elit “power is in the hand of a few.” Bincangkan.
14. Bincangkan keperluan teori permuafakatan dalam masyarakat pelbagai kaum.
15. Teori pasca-moden melihat fenomena sosial dalam bentuk yang skeptical. Bahaskan.

Sunday, March 15, 2009

Sesi Kuliah ZZZT 1042 Hubungan Etnik


Hari ini semua pelajar digabungkan bagi mengikuti kuliah ZZZT 1042 Hubungan Etnik yang di sampaikan oleh En. Nasruddin bin Yunos. Performa kursus ini adalah seperti berikut;

Peperiksaan Akhir
–60% (50 soalan objektif), masa 1 jam 30 minit
Tugasan
–30% (Markah berkumpulan)
Pembentangan
–10% (Markah berkumpulan)

Buat pertama kalinya juga pelajar diberi tugasan yang berbentuk kajian kes di lapangan. Tugasan adalah berdasarkan 11 tajuk yang dipecahkan kepada 11 kumpulan. Saya terlibat di dalam kumpulan 4 yang akan membuat tugasan bertajuk "Media berperanan mengukuhkan dan meruntuhkan perhubungan etnik di Malaysia. Kajian kes". Setiap kumpulan juga dikehendaki menyediakan borang kajian sosal selidik kepada 30 orang responden bagi tajuk masing-masing. Tugasan hendaklah dikemukakan dalam bentuk hardcopy dan softcopy (burn data to cd). Sesi pembentangan mengambil masa sekitar 20 minit dan setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas. Sila rujuk panduan seperti yang diberikan di dalam nota.

Selain dari itu, semua rakan-rakan dipohon memaklumkan tajuk tugasan kumpulan masing-masing kepada saya utuk dimuatkan di dalam blog ini dengan segera, kerana semua tajuk yang diberikan adalah amat penting bagi tujuan maklumat dan rujukan.

Monday, March 9, 2009

Sesi Kuliah SKPD 1033 English For Social Science

08 Mac 2009 - Semalam ahad kita mengikuti kuliah SKPD 1033 Bahasa Inggeris Untuk Sains Sosial. Kuliah ini merupakan kuliah gabungan, pun begitu bagi memudahkan pembelajaran supaya lebih fokus, sesi kuliah tersebut diasingkan kepada 3 kumpulan. Aku berada satu kumpulan dengan Hatta, Rani, Linda, Cikgu Mat Sudin, Zul Hilmi dll di kelas 3A-503. Kuliah tersebut disampaikan oleh Puan Kemboja binti Ismail.

Walau bagaimanapun, aku tidak dapat bersama dari awal kerana suami rakan sekerja meninggal dunia (menziarahi jenazah di Bandar Tun Hussein Onn) dan memohon pengecualian daripada Puan Kemboja. Aku hanya masuk semula selepas rehat iaitu pada jam 2.00 petang dan hanya mengikuti kuliah tersebut setengah jam sahaja. Dalam tempoh tersebut aku dapat penerangan mengenai skema peperiksaan dan tugasan yang perlu dibuat secara berkumpulan. Apa yang dikehendaki oleh Puan Kemboja adalah seperti berikut;

COURSE EVALUATION


1. Integrated Project: (60%)

The project consists of:
a. Group Discussion - 4 students (15%)
b. Written Discussion on Blogs – 4 students (10%)
b. Oral Presentation – (individual) (15%)
c. Written Report (1000 – 1300 words) - individual (20%)

* Please refer to Integrate Project Description


2. Final Examination (40%)

The final examination will be held at the end of the instructional period. It is a written exam, lasting 21/2 hours and comprising the following:

Reading Comprehension 20%
(To test students’ ability to read and understand written texts)

Vocabulary 10%
(To test students’ ability to give meanings of words in context)

Summary Writing 10%
(To test students’ ability to discriminate between main ideas and supporting details)
  1. Group Discussion - 15%
  2. Blogging - 10%
  3. Oral Presentation - 15%
  4. Written Report - 20% (1000 - 1300 words)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H

Marilah kita sama-sama berselawat dan bertahmid memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Firman Allah,"Tiada Kami utuskan engkau melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam semesta".

Thursday, March 5, 2009

Krisis Perlembagaan Di Perak


Sebagai pelajar Sains Politik sudah tentu kita amat berminat dan mengikuti secara dekat perkembangan politik di Perak. Keadaan semakin sukar dan disifatkan sebagai suatu Krisis Perlembagaan. Semalam Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendesak kerajaan mengisytiharkan darurat di Perak. Sebelum ini Prof. Dr. Mohammad Agus menyatakan "kalau di atas pokok sekalipun sah" iaitu merujuk kepada sidang DUN Perak secara tergempar di bawah pokok yang dipanggil oleh YB. Sivakumar. Secara peribadi saya masih belum dapat mengupas isu di Perak secara ilmiah kerana kita ini budak baru belajar. Pun begitu, sdra/sdri dijemput menyatakan pandangan dan ulasan terhadap situasi politik Perak.

Monday, March 2, 2009

Pelantikan Ketua Kelas & Membina Weblog

Selepas kuliah SKSP 1043 berakhir petang semalam, saudara Khairul memohon rakan2 kuliah mengambil perhatian terhadap kaedah untuk merapatkan silaturhaim sesama rakan kuliah. Selain dari itu tujuannya adalah bagi memudahkan perhubungan bagi menghadapi sesi kuliah yang semakin mencabar pada masa akan datang. Sehubungan itu beliau mencadangkan pelantikan ketua kelas dan membina laman web atau blog. Rakan2 bersetuju sebulat suara melantik saudara Khairul sebagai ketua kelas dan saudara Mohd Noh membina weblog bagi kemudahan rakan2 kursus Sains Politik.
e-mail: politik2my@gmail.com

Sesi Kuliah SKSP 1043 Evolusi Pemikiran Falsafah


Petang semalam merupakan kuliah pertama bagi pelajar Sains Politik Semester 2 Sesi 2008/2009 setelah bercuti panjang lebih sebulan. Tahniah kepada rakan sekuliah yang telah berjaya dalam peperiksaan semester lepas. Kelmarin ramai rakan2 yang membuat pendaftaran dan mengambil buku di PKP. Walau bagaimanapun buku bagi kursus SKSP 1043 Evolusi Pemikiran Falsafah masih belum diterima. Seramai 20 orang pelajar hadir mengikuti kuliah SKSP 1043 Evolusi Pemikiran Falsafah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamaruzaman bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Prof. Kamaruzaman memulakan kuliah dengan menerangkan performa kursus, kaedah menulis esei yang menggunakan kaedah nota kaki dengan baik dan seterusnya memberikan 6 tajuk kerja kursus yang perlu dibuat secara individu. Semua kerja kursus hendaklah mengandungi 16 muka surat dan perlu dihantar seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Tajuk2 kertas tugasan adalah seperti berikut;

1. Dengan mengambil contoh dari mazhab Islam awal, huraikan kedudukan akal dalam intipati gerakan mereka.

2. Bincangkan gerakan Islam Liberal dan respons pemikir Islam semasa terhadap ideologi gerakan berkenaan.

3. Huraikan pengaruh kitab Veda ke atas pemikiran beragama dalam Peradaban India.

4. Bincangkan perkembangan pemikiran yang berlaku di antara abad ke-15 sehingga 17 yang membawa kepada tersingkirnya pengaruh agama dalam masyarakat di benua Eropah.

5. Huraikan ciri pemikiran moden dan faktor kemunculannya di benua Eropah sejak abad ke-18.

6. Jelaskan mengapa falsafah Confucianisme yang menjadi teras kepada pandangan dunia orang Cina mengalami kemerosotan setelah kedatangan kuasa Barat sejak pertengahan abad ke-10.

Prof. Kamaruzaman juga menerangkan skema peperiksaan akhir yang mengandungi 2 bahagian seperti berikut;

Bahagian A: 3 soalan jawab 2

2 soalan mengenai Tamadun Islam & 1 solan mengenai tamadun India

Bahagian B: 3 soalan jawab 2

2 soalan mengenai Tamadun Barat & 1 soalan mengenai tamadun Cina

Sunday, March 1, 2009

Ucapan Aluan Tok Ketua

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam saya memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana memberi kekuatan kepada diri ini serta rakan-rakan untuk menyambung usaha menimba ilmu dan seterusnya berazam untuk membawa pulang segulung ijazah dan bergelar Sarjana Muda Sains Politik.

Tidak dinafikan, seperti kata Mohd Noh (moderator) bahawa kita adalah siswa2A yakni singkatan kepada “mahasiswa tua”, namun ia bukan faktor penghalang kepada azam dan iltizam untuk menyempurnakan pembelajaran kami bahkan dengan berkat dan doa dari seluruh anggota keluarga kami terutama ibu-bapa, isteri dan anak-anak moga-moga usaha kami termakbul hendaknya.” Ok, ok.

Time for me to turn into my-true-self. Saya tidak suka berpura-pura dan hipokrit. Cara dan kaedah saya menulis lebih kepada bahasa santai. Demikian itu saya dapat meluahkan apa yang hendak saya sampaikan secara jujur dan ikhlas.

Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-handai rakan-kelas yang memberi kepercayaan dan seterusnya sebulat suara melantik saya menjadi Ketua Kelas. Kadang-kadang terasa geli-hati kerana proses ini berulang kembali. Saya fikir, itu telah berlalu dan hanya anak sulung saya yang menghadapi situasi ini di dalam kelasnya di sekolah. Namun apa-daya, saya terpaksa mengharunginya kembali demi segulung ijazah.

Tetapi ini tidak bermakna saya akan lepas tangan dengan kepercayaan dan harapan yang diberikan kepada saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk menjadi Ketua Kelas yang baik serta bertanggung-jawab menjaga keperluan, kebajikan, kehendak dan apa-apa yang secara kolektifnya diputuskan oleh sahabat-handai rakan sekelas.

Jikalau terdapat kesilapan atau kesalahan dalam menjalankan tugas ini nanti, saya memerlukan satu kerjasama yang baik dari sahabat-handai rakan-kelas yang lain. Begitu juga jika terdapat kesilapan dan kesalahan semasa melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan, maka janganlah segan-silu untuk menegur dan memperbetulkan saya. Almaklumlah, kita ini manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan dan kesilapan. Kita manusia bukan maksum terlepas dari kesalahan dan dosa.

Kepada sahabat-handai sekalian, saya mengucapkan selamat maju-jaya dan bersama-sama kita berjuang demi secebis ilmu yang tiada penghujungnya. Saya berdoa dan berharap, agar kita semua yang tinggal di dalam kelas ini dapat mengekalkan bilangan yang sedia-ada. Sedih, kerana bilangan yang agak ramai pada asalnya hanya tinggal 21 orang. Mungkin untuk pemain black-jack, angka 21 adalah angka yang amat-amat diharapkan. Begitu juga saya, semoga angka 21 ini akan kekal hingga ke semester yang terakhir nanti.

Kepada sahabat saya, Mohd Noh dan partners-in-crime nya yang lain, tahniah kerana dapat mengadakan blog ini, semoga ianya dapat dijadikan satu rangkaian penghubung di antara kita semua juga penghubung dengan dunia luar agar apa sahaja bahan yang diisi-muat di dalamnya dapat dikongsi secara sejagat.

Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum w.b.t.