Tuesday, October 27, 2009

Tajuk Tugasan & Proforma SKSJ2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia

Perhatiannnn!!!

Mohammad Agus Yusoff
Tue, Oct 27, 2009 at 3:56 PM
To: Student Sains Politik
Reply Reply to all Forward Print Delete Show original

Tugasan perlu ditulis secara individu dan pembentangan dilakukan secara kumpulan.

Salam.


____________________________________________________________________
2009/10/26 Mohammad Agus Yusoff agus_ukm@yahoo.com

Ambil perhatian supaya pelajar dapat menyiapkan tugasan masing-masing dan serahkan pada 22 November 2009. Pembentangan esei secara kumpulan diperuntukkan 10 markah. Oleh itu, harap semua pelajar dapat hadirkan diri pada pertemuan kedua nanti. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan saudara/i kehilangan 10 markah.
Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal (pertengahan/akhir) dengan perinciannya)

Tugasan - 30%
Pembentangan dan penyertaan - 20%
Peperiksaan akhir - 50%

Segala persoalan, harap hubungi saya. Tidak ada pertukaran tajuk dibenarkan.
Salam.
Tajuk Tugasan:

1. Bincangkan sejarah penggubalan undang-undang merdeka oleh Suruhanjaya Reid.
Zulkifly Hamid dan Mohd Noh

2. Bincangkan konsep demokrasi berparlimen dan raja perlembagaan.
Zulkifli Mokhtar, Ahmad Rizalman

3. Huraikan fungsi Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong.
Muhammad Nazir dan Zailanni Amit

4. Apakah prinsip jus soli? Mengapakah orang Melayu menolak prinsip ini dari diperkenalkan?
Nurazila dan Zaiton Abdullah

5. Dengan merujuk kepada perlembagaan, bagaimanakah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan?
Siti Fatimah dan Rosmaliza

6. Dengan merujuk kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, relevan lagikah ISA sebagai akta tahanan pencegahan dikekalkan?
Mohamed Hatta dan Abdul Aziz

7. Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu dan peruntukannya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Azwan Tamin

8. Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh manakah peruntukan ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia?
Mohd Sallehuddin dan Mat Sudin

9. Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Mengapakah peruntukan khas ini diberikan kepada negeri berkenaan?
Zainal Sanusi dan Mohd Norsharnusi

10. Bincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan pilihan raya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan. Perbincangan juga boleh merujuk kepada peruntukan Akta Pilihanraya yang berkaitan.
Rozihan dan Abdul Rani

11. Murtad masih merupakan isu utama dalam hubungan beragama di Malaysia, sedangkan Perlembagaan telah memberi jaminan hak beragama di Malaysia. Bahaskan.
Shafezan dan Linda Ghazali

12. Bincangkan peruntukan yang sesuai berkaitan dengan kedudukan istimewa Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Gaure Perumal dan Yap Hiu Hsien

13. Huraikan peranan suruhanjaya di Malaysia. Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada peruntukan yangs esuai dalam perlembagaan.
Mohd Faizal

14. Bincangkan jenis dan kuasa mahkamah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan.
Mohammad Khairul
Esei hendaklah ditulis mengikut gaya UKM dengan menggunakan Font Times New Roman, 12 point dan langkau 1.5 baris. Panjang esei hendaklah di antara 15-20 muka surat. Esei hendaklah ditulis secara individu dan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan pada 22 November 2009. Penyerahan esei selepas dari tarikh ini tidak akan diterima.

Ambil perhatian bahawa semua pelajar hendaklah membentangkan esei masing-masing pada pertemuan 22 November 2009. Bagi tajuk yang ditulis oleh lebih dari seorang, perbincangan dan penyelarasan perlulah dilakukan supaya hanya seorang pelajar sahaja membentangkan tajuk masing-masing. Markah pembentangan akan diberikan mengikut kumpulan.

Peringatan: Plagiarisme adalah satu kesalahan akademik yang besar. Sesiapa yang didapati memplagiat hasil kerja orang lain tanpa menyatakan sumber rujukan asal tidak akan diberi sebarang markah.

Sunday, October 18, 2009

Pesanan Prof. Saliha

SKSJ1033
PENGANTAR FALSAFAH POLITIK


1. Teliti dan fahamkan perbincangan asas dalam persoalan pokok Falsafah Politik
2. Fahamkan dengan sebaiknya ide-ide asas dalam falsafah politik tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam modul pengantar Falsafah Politik. Cuba bincangkan aspek perbezaan dan persamaannya.
3. Baik juga jika sdr/sdri dapat membaca esei tokoh falsafah politik abad ke 20 dari pelajar yang lain supaya ada bahan yang memberikan pendedahan tambahan kepada falsafah politik semasa.


Prof Madya Saliha Hassan
Pensyarah

Proforma Kursus: http://www.scribd.com/doc/21244092/Proforma-SKSJ-1033-Pengantar-Falsafah-Politik

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali


Rakan kuliah mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada Gaure sekeluarga.

Monday, October 12, 2009

Jemputan Majlis Sambutan Aidil Fitri di Rumah Tok Ketua

Tok Ketua menjemput semua rakan-rakan sekuliah menghadiri Majlis Sambutan Aidil Fitri pada 17 Oktober 2009 (sabtu) dari 08.00 malam - 11.00 malam di kediaman beliau yang beralamat di No.4, Jalan Teratai, Taman Seri, Telok Datok Banting Selangor. (berhadapan Stadium Jugra, rumah No.4 dari Masjid). Kambing panggang dan rusa panggang menunggu anda di sanaaaa......

Sunday, October 11, 2009

Majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun ke-33 Program Sains Politik UKM



11 Oktober 2009 (ahad) jam 8.30 malam - 10.30 malam sebentar tadi saya bersama Tok Ketua (Khairul), Nazir dan Hatta seramai empat orang mewakili pelajar PJJ Sains Politik menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun ke-33 Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia di Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI Presint 10, Putrajaya. Majlis yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Raduan Che Rose Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi turut dihadiri oleh Prof. Ghazali Mahyuddin, Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin, Dr. Kartini dll.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut terutamanya Pengerusi Persatuan Mahasiswa Sains Politik UKM, Sdr. Mohd Tawfik bin Yaakub.

Sesi Kuliah ZZZT 2213 - Bentuk-Bentuk Penulisan

Sesi Kuliah SKSJ 1043 - Pengantar Pentadbiran Awam

Kuliah SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Agus bin Yusoff pada 12 September 2009 (sabtu) yang lepas. Kuliah seminggu sebelum sambutan hari raya tersebut sudah disulami dengan demam raya. Proforma kursus adalah seperti berikut;

Tugasan : 30%
Pembentangan & Penyertaan : 20%
Kuiz : 10%
Peperiksaan akhir : 40%

Pembentangan tugasan dalam bentuk power point dan kuiz akan dibuat dalam perjumpaan kali kedua pada 1 November 2009 akan datang. Tugasan hendaklah dibuat secara individu dan senarai tajuk tugasan adalah seperti berikut;


Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar
Tajuk 1: Bincang teori birokrasi Max Webwe. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Rosmaliza binti Mohamed Rosli / Zulkifli bin Abdul Hamid
Tajuk 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara.

Mohd Sallehuddin bin Saidin
Tajuk 3: Bincangkan konsep reformasi pentadbiran dan reinventing goverment. Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada perkembangan pentadbiran masa kini di salah sebuah negara yang anda pilih.


Zailani / Nurazila binti Mohd Taib
Tajuk 4: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?


Mohamedd Hatta bin Hussin
Tajuk 5: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.


Zaiton bin Abdullah / Ahmad Ridzalman bin Kamaruddin
Tajuk 6: Motivasi adalah penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor.


Zainal bin Sanusi / Mat Sudin bin Taupek
Tajuk 7: Dengan merujuk kepada contoh dari dua negara yang berbeza, bincangkan perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan spoil system.


Siti Fatimah binti Muhamed
Tajuk 8: Sejauh manakah kerajaan elektronik dikatakan sebagai satu kaedah ke arah mencapai pengurusan strategik yang berkesan?


Rozihan bin Abdul Rahman / Cik Yap Hui Hsien

Tajuk 9: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih.

Linda binti Ghazali

Tajuk 10: TQM dan ISO (International Organization for Standardization) berjaya dalam meningkatkan kecekapan pengurusan. Sajauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Abdul Rani bin Hashim / Mohd Noh bin Md. Yunus / Shafezan bin Rusli

Tajuk 11: Bincangkan konsep new public management. Apakah aspek yang ditekankan dalam pengurusan awam baru ini?


Mohd Nazir bin Dalimi
Tajuk 12: Dengan merujuk kepada sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam negara, bincangkan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sistem penyampaian.

Mohamad Khairul bin Abd. Samad / Azwan bin Tamin
Tajuk 13: Konsep Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah saling berkaitan. Bincangkan.

Sesi Kuliah SKSP 2053 - Kedinamikan Sistem Antarabangsa

Semalam hanya seramai 16 orang rakan yang menghadiri kuliah SKSP 2053 Kedinamikan Sistem Antarabangsa yang disampaikan oleh Dr. Zairina dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Kuliah bermula jam 9.00pagi - 3.30 petang. Selain itu turut diberikan ialah proforma kursus dimana tugasan diberi markah 40% dan peperiksaan akhir pula 60%. Berikut ialah tajuk tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar semasa peperiksaan akhir nanti.
Cik Yap Hui Hsien / Abdul Rani bin Hashim
Tajuk: Adakah insiden 11 September mengubah landskap sistem antarabangsa? Kenapa? Apakah kewajaran US dalam peperangan di Afghanistan?
Mat Sudin bin Taupek / Zainal bin Sanusi
Tajuk: Apakah sifat-sifat sistem antarabangsa semasa Era Pasca Perang Dingin? Adakah era ini lebih selamat atau lebih bahaya berbanding dengan Zaman Perang Dingin? Mengapa?
Mohd Noh Md Yunus / Rosmaliza binti Mohamed Rashid
Tajuk: Apakah perbezaan nyata antara rerionalisme dan globalisasi. Bagaimanakah sama ada regionalisme atau globalisasi boleh membantu kemakmuran bersama?
Shafezan bin Rusli / Ahmad Ridzalman bin Kamarudin
Tajuk: Apakah itu teori? Mengapa kita perlukan teori untuk mempelajari hubungan antarabangsa dan menganalisakan sesuatu isu perdebatan dunia? Asaskan hujahan anda dengan merujuk kepada andaian-andaian realisme/liberalism/konstruktivisme. Berikan contoh-contoh semasa.
Mohd Sallehuddin bin Saidin / Zulkifli bin Ab Hamid
Tajuk: Pilih satu isu transnasional atau isu baru dalam Hubungan Antarabangsa. Bagaimanakah isu ini menyumbang ke arah ketidakstabilan dan ketidakselamatan rantau atau Negara? Pilih satu teori sesuai dalam analisis anda.
Gaure a/p Perumal / Nurazila binti Mohd Taib
Tajuk: Apakah itu "hegemonic stability theory"? Bagaimanakah dan atas syarat-syarat apa, sesuatu kuasa besar hegemonik akan membekal dan mengenalpastikan kestabilan dan tatacara antarabangsa?
Mohd Norsharnusi bin Mohd Isa / Rozihan bin Abdul Rahman
Tajuk: Apakah peranan dan limitasi organisasi-organisasi antarabangsa? Mengapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seringkali tidak dapat menyelesaikan perselisihan antarabangsa seperti yang berlaku di Timur Tengah atau Semenanjung Korea? (Anda boleh memilih mana-mana rantau atau isu hubungan dua hala sebagai contoh).
Azwan bin Tamin / Mohamed Hatta bin Hussin
Tajuk: Pilih satu institusi antarabangsa serantau (seperti ASEAN, Kesatuan Eropah, Shanghai Cooperation Organization, APEC, dll) dan bincangkan bagaimana innya menyumbang ke arah keamanan dan pembangunan rantau tersebut.
Siti Fatimah binti Muhamed / Zaiton binti Abdullah
Tajuk: Pilih satu perselisihan wilayah (misalnya persengketaan ke atas Keplauan Spartly's) atau satu krisis antarabangsa (misalnya krisis nuklar di Korea Utara), dan bincangkan kepentingan dan limitasi diplomasi di dalam usaha-usaha menyelesai/menanganinya.
Mohamad Khairul bin Abd. Samad / Muhamad Nazir bin Dalimi
Tajuk: Bincangkan bagaimana pembangunan tidak setara menggugat keamanan dan kemakmuran sejagat. Gunakan contoh-contoh semasa.
Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar / Zailani
Tajuk: Pilih satu isu alam sekitar kontemporari. Bagaimanakah ia menjadi isu hubungan antarabangsa. Apakah rumusan yang boleh anda buat.
Mohd Faizal bin Jaafar / Linda binti Ghazali
Tajuk: Kenapakah pentingnya Negara mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara yang lain. Bolehkah ia memakmurkan dan memberi kesejahteraan terhadap sistem antarabangsa? Bagaimana?
____________________________________________________________________
from: amal iqtisadiy <amal_aliqtisadiy@yahoo.com>
date: Mon, Oct 12, 2009 at 12:49
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada para pelajar SKSP 2053. Anda diminta untuk menyerahkan tugasan yang dibuat kepada PENGHULU untuk diserahkan kepada Dr. Zarina Othman pada hari peperiksaan akhir SKSP 2053.
Selamat Berjaya.
Terima kasih
Amal
bp Dr. Zarina Othman

Monday, October 5, 2009

Kemeriahan Sambutan Hari Raya

03 Oktober 2009 (sabtu). Sebagaimana yang telah dirancang dan dipersetujui, rakan-rakan sekuliah beraya sakan pada hari tersebut. Apatah lagi dengan kelaparan Prof. Agus yang turut meraikannya bersama-sama. Tok Ketua segak dengan baju melayu dan paling mengancam tak lain tak bukan Ratu Venezuela iaitu Linda... lihatlah rakaman kemeriahan mereka...

Masing-masing memang kebulur, melantak sakan...

Prof. Agus memang tengah kelaparan...

Bergambar beramai-ramai, tukang ambik gambar tak dok... huhuhu...

Sempat singah beraya kat umah Prof. Agus lepas abis kuliah

Walaupun dah besor panjang, tetap kena beratur !

Terima kasih kepada Rosmaliza dan adik kita Taufik kerana menguruskan katering dengan menu yang memang sodaaapppp. Nasi beriani, lomang, nasi impit, rendang, masak lode,air dan buah. Malangnya Taufik tak dapek joint sebab dah sibuk melayan cewek-cewak dari UiTM Dungun yang membuat lawatan sambil belajar. Sementara itu, kuliah SKAJ2153 Perlembagaan Malaysia pada hari tersebut, Prof. Agus akan mengantar semua proforma dan tajuk tugasan semua pelajar kepada moderator. Insyaallah, maklumat tersebut akan dipostingkan sebaik sahaja diterima dari Prof. Agus.