Sunday, December 20, 2009

Zila dah bersalin


Untuk makluman, rakan kita Zila dah bersalin pada jam 3.08 pagi 19 Dis. 2009 di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Baby gurl seberat 2.95 kg dalam keadaan sihat kedua-duanya. Tahniah kita ucapkan kepada Zila sekeluarga.

Tuesday, December 8, 2009

Buku Kedinamikan Sistem Antarabangsa

Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Dr. Kiuk dalam kelas yang lepas, beliau menawarkan buku rujukan tambahan untuk bacaan bagi tujuan peperiksaan akan datang. Sehubungan itu, sesiapa yang berminat hendaklah memaklumkan kepada Tok Ketua dengan menyatakan alamat untuk tujuan penghantaran. Saudara/saudari hendaklah membuat bayaran sebanyak RM45/ bagi sebuah buku termasuk belanja pos. Sila bank in wang tersebut ke dalam akaun maybank no: 112268198405 selewat-lewatnya jumaat ini.

Sunday, December 6, 2009

Jadual Peperiksaan Akhir

Peperiksaan semester 1 Sesi 2009-2010 PJJ UKM akan bermula. Bagi pihak rakan-rakan PPJ Sains Politik saya ucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan dan mendoakan semoga anda semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Tarikh : 26 Disember 2010 (sabtu)
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh
ZZZT 2213 - Bentuk-Bentuk Penulisan(U2)
Masa : 2.00pm - 3.00pm

Tarikh : o2 Januari 2010 (sabtu)
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh
SKSJ 1043 - Pengantar Pentadbiran Awam (WM)
Masa : 9.00am - 11.30am

Tarikh : 03 Januari 2010 (ahad)
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh
SKSJ 2153 - Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia (WM)
Masa : 9.00am - 11.30am

Tarikh : 09 Januari 2010 (sabtu)
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh
SKSP 2053 - Kedinamikan Sistem Antarabangsa (WP)
Masa : 9.00am - 11.30am

Tarikh : 09 Januari 2010 (sabtu)
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh
SKSJ 1033 - Pengantar Falsafah Politik (WM)
Masa : 2.00pm - 4.30pm


Sebagai panduan, berikut adalah 10 Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan:



1. Pastikan tarikh dan tempat peperiksaan anda
2. Sila cetak slip menduduki peperiksaan dan bawa ke dewan peperiksaan
3. Pastikan anda juga membawa bersama anda kad matrik atau kad pengenalan
4. Pastikan anda mempunyai rihat yang cukup sehari sebelum peperiksaan
5. Buat ulangkaji akan isi-isi penting yang dapat membantu anda
6. Pada hari peperiksaan, pastikan anda hadir 30 minit sebelum peperiksaan
7. Semak senarai nama anda dan dapatkan nombor tempat duduk anda
8. Semasa dalam dewan, tenangkan fikiran anda, dan dengar taklimat peperiksaan dengan teliti sebelum mula
9. Apabila peperiksaan bermula, semak kertas soalan dan baca arahan menjawab soalan dengan teliti
10. Catatkan rangka jawapan anda terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan
11. Pastikan anda tidak membawa perkara berikut ke dalam dewan peperiksaan:

  • Nota dan segala bahan bacaan
  • Telefon bimbit
  • Kotak pensel, kotak kalkulator, kotak cermin mata dan beg tangan
  • Pastikan tapak tangan anda tidak ada sebarang tulisan