Monday, May 25, 2009

Slip Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2008/2009

Semua rakan-rakan yang telah selesai membuat pembayaran yuran perkuliahan, boleh mengambil Slip Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2008/2009 di Pejabat PKP. Semoga kalian semua berjaya. Selamat berstudy dan menyiapkan kertas-kertas tugasan yang belum dihantar dan jumpa di hari peperiksaan nanti...

Saturday, May 16, 2009

Jadual Exam

5 Jun 2009 (Jumaat)
SKSP 1043 - Evolusi Pemikiran Falsafah : 02.30 pm - 05.00 pm (Dewan Konvensyen Keris Mas)

7 Jun 2009 (Ahad)
SKPD 1033 - BI Untuk Sains Sosial : 02.30 pm - 05.00 pm (Dewan Konvensyen Keris Mas)

13 Jun 2009 (Sabtu)
ZZZT 1043 - Hubungan Etnik : 02.00 pm 03.30 pm (Dewan Dectar)

20 Jun 2009 (Sabtu)
SKSJ 1013 - Pengantar Sains Politik : 09.00 am - 11.00 am (Lobi B Dectar)

21 Jun 2009 (Ahad)
SKSJ 1023 - Pengantar Teori Politik : 09.00 am - 11.00 am (Lobi Utama Dectar)

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut Hari Guru diucapkan kepada semua Pensyarah di UKM dan khususnya di FSSK. Juga buat rakan kuliah yang bergelar guru, semoga kalian terus tabah menabur jasa...

GURU OH GURU
USMAN AWANG


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979

Friday, May 15, 2009

Tahniah, kelahiran baru !

Semua rakan-rakan Pengajian Sains Politik merakamkan ucapan tahniah kepada Linda kerana menjadi ibu setelah selamat melahirkan cahayamata lelaki Qalif Iman pada 13 Mei 2009 jam 8:45 pagi di Ampang Puteri Hospital. Sama-samalah kita doakan semoga kedua-duanya sihat dan Linda dapat bersama-sama kita meneruskan pengajian setelah sihat nanti...

Tawaran Kursus Sem. 1 Sesi 2009/2010

Berikut adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar Semester Pengajian 3;

SKSJ 1033 - Pengantar Falsafah Politik (WM)

SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam (WM)

SKSP 2053 Kedinamikan Sistem Antarabangsa (WP)

SKSJ 2153 Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia (WM)