Sunday, November 22, 2009

Pengedaran Kad Masuk & Jadual Exam Sem. 1 Sesi 2009-2010

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2009-2010 akan diadakan bermula pada 21 Disember 2009 hingga 10 Januari 2010.

Sehubungan itu, Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan akan mula diedarkan di PKP mulai 21 Disember 2009.

Sekian dimaklumkan.

Lihat Surat Edaran.

Wednesday, November 18, 2009

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Sebagaimana yang dikehendaki oleh Prof Agus, semua pelajar dikehendaki menghantar softcopy tugasan SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam kepada saya untuk diuploadkan ke dalam blog ini. Tugasan hendaklah diemelkan selewat-lewatnya pada hari jumaat untuk di 'convert' kepada fail .pdf dan seterusnya pengemaskinian menggunakan web document 'scribd'. Kerjasama anda semua adalah amat dihargai.

Senarai tugasan adalah seperti berikut;

Tajuk 1: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Tajuk 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara.

Tajuk 3: Bincangkan konsep reformasi pentadbiran dan reinventing goverment. Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada perkembangan pentadbiran masa kini di salah sebuah negara yang anda pilih.

Tajuk 4: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Tajuk 5: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

Tajuk 6: Motivasi adalah penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor.

Tajuk 7: Dengan merujuk kepada contoh dari dua negara yang berbeza, bincangkan perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan spoil system.

Tajuk 8: Sejauh manakah kerajaan elektronik dikatakan sebagai satu kaedah ke arah mencapai pengurusan strategik yang berkesan?

Tajuk 9: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih.

Tajuk 10: TQM dan ISO (International Organization for Standardization) berjaya dalam meningkatkan kecekapan pengurusan. Sajauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?


Tajuk 11: Bincangkan konsep new public management. Apakah aspek yang ditekankan dalam pengurusan awam baru ini?


Tajuk 12: Dengan merujuk kepada sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam negara, bincangkan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sistem penyampaian.

Tajuk 13: Konsep Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah saling berkaitan. Bincangkan.

Monday, November 2, 2009

Pesanan Prof. Saliha

Saya rasa saya perlukan


  1. fokus tentang sumbangan pemikiran politik tokoh menurut anda
  2. ulasan anda sendiri tentang perspektif atau/dan penekanan pemikiran politik tokoh
  3. penilaian anda tentang kedudukan pemikiran politik tokoh berbanding tokoh pemikir politik yang lain yang sezaman dengan beliau
  4. penilaian anda tentang kaitan pemikiran tokoh dengan beberapa isu politik semasa

Sunday, November 1, 2009

Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi 2009-2010

Rakan-rakan pelajar dikehendaki mendaftar awal kursus bagi Semester Sesi 2009-2011 mulai 2 - 15 November 2009. Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut;


SKSJ2013 - Pengantar Ekonomi Politik
SKSJ2093 - Analisis Pilihan Raya
SKSJ2053 - Transformasi Politik Dunia
SKSJ2043 - Politik Perbandingan
ZZZT2133 - Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia

Sementara itu, hampir semua rakan-rakan belum Mengesahkan Pendaftaran Kursus Yang berakhir pada 25 Oktober 2009 Pelajar yang tidak membuat pengesahan pendaftaran kursus akan dikenakan denda sebanyak RM50.00. Sila lihat senarai pelajar untuk semakan. Sila hadir segera ke PKP untuk urusan pengesahan pendaftaran kursus.