Wednesday, July 28, 2010

Debaran Menunggu Result

Setelah bertungkus lumus mengharungi kegetiran peperiksaan akhir Semester 4, maka semua rakan sedang berdebar menanti result yang akan keluar pada bila-bila masa sahaja. Mungkin pada minggu pertama ogos 2010 kerana pendaftaran Semester 5 akan bermula pada minggu pertama september. Kuliah pula akan bermula pada minggu ke empat september selepas Aidil Fitri sehingga akhir tahun 2010. Exam semester 5 dijadualkan pada minggu ketiga januari 2011. Apapun semoga kalian memperolehi keputusan yang baik dan bersama-sama menggenggam segulung ijazah pada Konvokesyen UKM ke-40 pada 2012 kelak.

Salam hormat.