Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52


Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.

Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megah
nyatiada lupa tentang jerit bahasa.

Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.

Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.
nukilan:
MOHD FADZIL YUSOF

Sesi Kuliah SKSJ 1033 - Pengantar Falsafah Politik


Selamat bersua kembali dengan sesi pengkuliahan yang pertama bagi Semester 1 Sesi 2009/2010 (Semester 3). Semalam ialah kuliah bagi kursus SKSJ1033 Pengantar Falsafah Politik yang disampaikan oleh Prof. Madya Saliha Hassan. Kuliah berlangsung dengan baik walaupuan disulami dengan mengantuk (maklumlah bulan puasa). Seramai 21 orang pelajar hadir termasuk kawan kita Zailani dari Kuching, Sarawak. Prof. Saliha memberi kuliah mengenai asas keperluan falsafah politik termasuk membincangkan beberapa tokoh falsafah politik seperti Kungfu Tze, Karl Marx dll.

Rakan-rakan pelajar juga menyuarakan rungutan kerana buku modul yang masih belum diterima dari PKP walaupun sesi pembelajaran telah bermula. Justeru itu, persetujuan telah dibuat supaya modul & beberapa nota yang diberi oleh Prof. Saleha dibuat salinan untuk semua pelajar.

KERTAS TUGASAN:

PPBJJ Semester 1, Sesi 2009-10
SKSJ 1033: PENGANTAR FALSAFAH POLITIK


Tajuk Esei (markah 25) : Tokoh Falsafah Politik Abad ke-20: [nama penuh tokoh]

Panduan:
Pilih seorang TOKOH FALSAFAH POLITIK abad ke-20
Berikan latar belakang rengkas tentang beliau. Highlight mana-mana pengalaman yang mempengaruhi falsafah politik beliau.
Nyatakan karya-karya penting tokoh dan kandungan utamanya dari segi Falsafah Politik
Jelaskan falsafah politik utama tokoh
Berikan penilaian anda tentang kerelevanan fokus falsafah politik tokoh yang anda pilih dalam konteks masa kini (bukan terhad kepada Malaysia sahaja).
Esei: Font saiz 12, spacing 1.5, lengkap dengan notakaki dan senarai rujukan (Rujukan & Rujukan Tambahan), 10-12 halaman
Sila hantar tidak lewat daripada 31 Oktober 2009. Esei yang dihantar tepat masa mendapat 5 markah bonus.

PRO-FORMA KURSUS

NOTA


Saliha Hassan, Prof Madya
Pensyarah, Program Sains Politik, PPSPS, FSSK, UKM
Emel: saliha105@yahoo.com

Khusyuk mendengar pengkuliahan
Posted by Picasa

Friday, August 28, 2009

Jadual Kuliah Semasa

Bersama-sama ini ialah jadual kuliah semasa Semester 1 Sesi 2009/2010 (Semester 3) yang diperolehi dari portal PKP;

Tarikh : 29 Ogos 2009 (sabtu)
Tempat: Bilik Kuliah 3A.401
SKSJ 1033 - Pengantar Falsafah Politik (WM)

Tarikh : 12 Sept. 2009 (sabtu)
Tempat: Bilik Kuliah 3A.401
SKSJ 1043 - Pengantar Pentadbiran Awam (WM)

Tarikh : 13 Sept. 2009 (ahad)
Tempat: Bilik Kuliah 3A.401
SKSP 2053 - Kedinamikan Sistem Antarabangsa (WP)

Tarikh : 03 Oktober 2009 (sabtu)
Tempat: Bilik Kuliah 3A.401
SKSJ 2153 - Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia (WM)

Tarikh : 04 Oktober 2009 (ahad)
Tempat: Bilik Kuliah 3F.302
ZZZT 2213 - Bentuk-Bentuk Penulisan(U2)

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua rakan pelajar dan pengunjung blog ini. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya..

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu, bermaafanlah kita serta berlapang dada kepada saudara se Islam yang lain jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.