Monday, June 27, 2011

Majlis Tahlil & Sumbangan



Pada 25.6.2011 (sabtu) sebaik berakhirnya peperiksaan HHHP1123, tepat jam 12.30 t.hari seramai 7 orang rakan-rakan kita Khairul, Mohd Noh, Linda, Shafezan, Zainal, Rozihan dan Zulkifli Hamid telah sampai di Rumah Anak Yatim Penyayang di Kampung SUngai Buaya, Banting Selangor.



Tujuan rakan-rakan kita pergi ke rumah anak yatim tersebut adalah untuk menyerahkan sumbangan sebanyak 30 kampit beras lebihan program kita yang lepas, pakaian terpakai dan seterusnya majlis tahlil selamat dan doa arwah. Doa selamat untuk kesyukuran kejayaan program kita yang lepas, untuk rakan kita Mohd Noh & keluarga yang akan bertugas di Konsulat Malaysia di Mumbai dan tahlil arwah ayah Mohd Noh dan arwah rakan Khairul yang meninggal akibat kemalangan kapal terbang kelmarin di Padang, Indonesia.

Jamuan makan disumbangkan oleh rakan-rakan kita sama ada yang turut serta dan juga tidak...

Laporan Akhir

Laporan Program Khidmat Masyarakat

Monday, June 13, 2011

Program Khidmat Masyarakat

Alhamdulillah, bagi memenuhi kursus BBSM 1123 seramai 21 orang pelajar Sains Politik dan 10 orang pelajar Geografi telah bergabung tenaga menganjurkan program khidmat masyarakat yang diberi nama Program Jom Sihat selama sehari di perkampungan Orang Asli, Sungai Bumbun Pulau Carey, Kuala Langat Selangor. Acara perasmian penutup telah disempurnakanj oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan ialah Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim TNC HEPA, Encik Musa Zainal Abidin Othman Pengarah JPPEL, Dr. Hj. Arif Ismail pensyarah kursus dan isteri Dr. Rosnaini.


Turut memeriahkan program yang dilangsungkan ialah Setiausaha Agung, Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia dan rombongannya yang telah menyumbangkan 200 kampit beras dalam program berkenaan. Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, perkhidmatan pendaftaran pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan perkhidmatan mencabut gigi, pameran dan ceramah kesihatan pergigian oleh Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia. Sementara jabatan lain yang terlibat membuat pameran ialah PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, SYABAS dan jualan cenderamata oleh masyarakat orang asli. Untuk makluman juga, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU) telah meluluskan peruntukan melebihi RM10,000.00 bagi menurap semula jalan masuk ke kampung orang asli Sungai Bumbun.



Perjalanan program diatur mulai jam 7.00 petang 10.6.2011 dengan semburan kabus bagi mencegah nyamuk adeas. Acara diteruskan pada jam 9.00 pagi 11.6.2011 dengan acara sukaneka, bengkel cara-cara menggosok gigi kepada 30 orang anak-anak orang asli, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, ceramah kebersihan air oleh Syabas, ceramah pertolongan cemas CPR oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), cabutan bertuah, penyerahan beras 1Malaysia oleh YBhg. Dato' Kamarul Airi Ariffin, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia dan penyampaian pelbagai hadiah sukaneka dan mewarna yang disempurnakan oleh Dr. Arif bersama-sama Tok Sidin anak Bujang, Tok Batin kampung berkenaan.

Dalam upacara perasmian penutup yang turut dihadiri ramai pemimpin-pemimpin utama masyarakat setempat, majlis yang diacarakan oleh saudara Shafezan pada jam 5.30 petang itu dimulai dengan bacaan doa. Seterusnya Cikgu Mat Sudin Taupek selaku Ketua Pengarah program memulakan ucapan alu-aluan, diikuti oleh ucapan Dr. Arif selaku penyelaras program dan ucapan perasmian penutup oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. YB Timbalan Menteri juga menyampaikan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan serta diakhiri dengan 5 hadiah utama cabutan bertuah.




Sesungguhnya komitmen semua pihak sama ada 31 orang rakan-rakan pelajar yang berganding bahu dengan Majlis Belia Daerah Kuala Langat, pihak pengurusan UKM, pihak penaja, masyarakat orang asli yang bersetuju program tersebut dianjurkan di perkampungan mereka dan juga semua pemimpin masyarakat setempat serta agensi-agensi kerajaan lain telah menyumbang terhadap kesempurnaan dan kelancaran program yang diatur pada hari berkenaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kalian semua.

Oleh:

Mohd Noh Md Yunus
Setiausaha Program

Rosmaliza selamat bersalin

Untuk makluman, kawan kita Rosmaliza telah selamat melahirkan cahayamata lelaki keduanya pada jam 11.00 pagi tadi di Hospital Serdang. Baby Muhammad Afif Wafiy bin Irwan dilahirkan dengan berat 3.9kg. Kedua-dua ibu dan baby dalam keadaan selamat dan sihat. Alhamdulillah...