Monday, December 13, 2010

Kad Masuk & Jadual Peperiksaan


Kad masuk dan jadual peperiksaan boleh diambil di pejabat PKP mulai hari ini. Juga boleh dicetak melalui portal SMPE.

Tuesday, October 19, 2010

Pertukaran Jadual Kuliah

Bersama-sama ini dimaklumkan pertukaran jadual kuliah;


07.11.2010 : K-Ko Bulan Sabit Merah

13.11.2010 : Falsafah Politik Moden (Dr. Samsul) - present slide group asigment

27.11.2010 : Metodologi Penyelidikan (Dr. Rizal) - present proposal

28.11.2010 : Teori Politik Malaysia (Dr. Sity) - ada test 10%

Tuesday, September 21, 2010

Pendaftaran Kursus Ko-Kurikulum FSSK

Salam lebaran dan selamat bersua kembali di Semester 5. Harap dalam suasana Aidil Fitri ini kita akan lebih bersemangat untuk memulakan sesi baru kuliah yang akan berakhir pada Januari 2011. Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Encik Ahmadi Hazim dari PKP, kursus kokurikulum yang ditawarkan untuk pelajar PBJJ semester 5 telah dimaklumkan kepada PKP. Sehubungan dengan itu, saudara/i perlu daftar/tambah kursus kokurikulum HHHP1113 dalam SMPE sebelum 3 Oktober 2010.

Sekian, dimaklumkan.

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri diucapkan buat semua pelajar Sains Politik PBJJ UKM, pelajar PBJJ yang lain, pelajar sepenuh masa, serta pensyarah yang dihormati. Semoga lebaran ini memberi erti dan kegembiraan buat kalian. Berhati-hatilah memandu sepanjang perayaan ini. Bagi rakan-rakan sekuliah, insyaallah kita akan berjumpa lagi pada 2 Oktober 2010 akan datang.

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan


Tidak terlewat rasnya untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, sepanjang Ramadhan kali ini buat semua rakan-rakan sepertuangan. Juga tidak lupa buat semua pensyarah yang banyak berjasa memberi tunjuk ajar. Semoga amal dan ibadah kalian diberikan ganjaran oleh Nya. Aminnn...

Result dah kuar

Alhamdulillah, mengambil berkat bulan ramadhan ini kita semua telah menerima keputusan peperiksaan semester 2 sesi 2009/2010. Keputusan pun boleh tahan dan kita semua dapat bersama-sama mengharungi pengajian berikutnya di Semester 1 Sesi Akademik 2010-2011. Tahniah! kalian semua telah melangkah ke tahun 3 dan insyallah tahun depan kita akan menyipakan tesis dan seterusnya melengkapkan pengajian pada pertengahan tahun 2012. Diharapkan rakan-rakan termasuk Tok Penghulu akan terus tabah bersama-sama kita hingga ke titik noktah pengajian kita.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh PKP, semester baru akan bermula pada 20 September 2010. Lihat pautan ini.


Wednesday, July 28, 2010

Debaran Menunggu Result

Setelah bertungkus lumus mengharungi kegetiran peperiksaan akhir Semester 4, maka semua rakan sedang berdebar menanti result yang akan keluar pada bila-bila masa sahaja. Mungkin pada minggu pertama ogos 2010 kerana pendaftaran Semester 5 akan bermula pada minggu pertama september. Kuliah pula akan bermula pada minggu ke empat september selepas Aidil Fitri sehingga akhir tahun 2010. Exam semester 5 dijadualkan pada minggu ketiga januari 2011. Apapun semoga kalian memperolehi keputusan yang baik dan bersama-sama menggenggam segulung ijazah pada Konvokesyen UKM ke-40 pada 2012 kelak.

Salam hormat.

Wednesday, May 26, 2010

Contoh Soalan Past Year Paper

SKSJ 2013 Pengantar Ekonomi Politik

i. Contoh Sem 2 2000/2001

ii. Contoh Sem 1 2000/2001

SKSJ 2043 Politik Perbandingan

i. Contoh Soalan

ii. Contoh Soalan

iii. Contoh Soalan

iv. Contoh Soalan

SKSJ 2053 Transformasi Politik Dunia

i. Soalan Contoh

Thursday, April 29, 2010

Daftar Masuk Peperiksaan

Sayugia diperingatkan supaya saudara/saudari segera mendaftar pengesahan masuk peperiksaan di SMPE sehingga 2 April 2010.

Salam hormat.

Sunday, March 28, 2010

Tajuk Tugasan & Proforma Kursus Ekonomi Politik

TAJUK ESEI (30 MARKAH)

1. Bincangkan kelemahan model kapitalis dalam kes pilihan anda.

2. Bincangkan kesan konflik kelas ke atas perkembangan politik negara membangun.

3. Nilai Asia adalah rahsia kejayaan ekonomi negara industri baru Asia Timur. Bincangkan.

4. Krisis ekonomi mengimpak kestabilan politik negara. Bincangkan.

5. Bincangkan globalisasi sebagai pencetus pendemokrasian.


Perhatian

· Tugasan ini dilakukan secara individu
· Format: 3000 patah perkataan, font 12, 1.5 spacing, Times New Roman
· Sila letakkan peta, jadual, carta dan sebagainya dalam lampiran
. Tugasan hendaklah dihantar pada hari peperiksaan akhir

PEPERIKSAAN AKHIR (60 MARKAH)

Peperiksaan akhir bernilai 60 markah terdiri daripada Bahagian A (20 markah) yang terdiri daripada teori/konsep utama manakala Bahagian B (40 markah) pula mengandungi soalan esei yang memerlukan perbincangan teori/ konsep merujuk kepada aplikasi yang sesuai.

Kuliah Kursus Ekonomi Politik SKSJ 2013

Hari ini Dr. Sity Daud menyampaikan kuliah bagi kursus SKSJ 2013 Ekonomi Politik Seramai 17 orang pelajar menghadiri kuliah berkenaan. Selain membincangkan teori dan asas ekonomi politik sebenarnya kursus ini banyak berkait rapat dengan kesan globalisasi dunia terhadap politik dan ekonomi. Justeru itu, pelajar diingatkan bahawa bahan bacaan kursus ini tidak terikat kepada ekonomi sahaja.

Objektif Kursus:

Kursus ini bertujuan memperkenalkan ekonomi politik sebagai satu disiplin dalam sains sosial. Masyarakat tidak boleh difahami daripada satu perspektif. Pendekatan ekonomi politik memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai masyarakat melalui integrasi dan perbandingan pelbagai disiplin seperti ekonomi, politik, sosiologi dan sejarah berbanding pendekatan satu disiplin. Oleh itu, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pemikiran mengenai masyarakat khususnya perkaitan di antara sosial, ekonomi dan politik dalam kehidupan bermasyarakat. Tumpuan khusus akan diberikan kepada beberapa perspektif teori dalam bidang ekonomi politik untuk memahami falsafah yang mendasari perubahan dalam masyarakat. Perkembangan mutakhir yang membabitkan kemunculan ideologi dan praktik globalisasi turut dibincangkan bagi memperlihatkan perkembangan teori ekonomi politik dalam kajian-kajian yang terkini.

Hasil Pembelajaran:

- Mampu mengguna data/statisktik ekonomi bagi kajian politik.
- Mampu mengalikasi analisis politik untuk memahami fenomena ekonomi dan sebaliknya.
- Mampu membincang secara kritikal pelbagai model pembangunan bagi kajian kes terpilih.

Kaedah Penilaian:

Peperiksaan akhir 60%
Esei 30%
Perbincangan 10%

Monday, March 15, 2010

Tajuk Tugasan Kedua Kursus Analisa Politik SKSJ2093

Tugasan kedua ini akan membawa 20% markah dan hendaklah dihantar dalam tempoh dua minggu dari sekarang iaitu pada 28 Mac 2010. Sebagaimana pesanan Prof. Agus, semua softcopy tugasan juga hendaklah dihantar kepada moderator untuk diuploadkan ke dalam blog. Sekiranya terdapat kesilapan tajuk dan kedudukan kumpulan adalah tidak betul berbanding spt. semasa kuliah, sila maklumkan kepada moderator.

1. Konsep budaya politik. Ciri-ciri dan jenisnya.

- Zailanni bin Amit

- Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar

2. Konsep Gerrymandering.

- Zaiton binti Abdullah

- Siti Fatimah binti Muhamed

- Norsharnusi

3. Konsep ideologi politik dan jenis-jenisnya.

- Abdul Rani bin Hashim

- Yap Hui Hsien

4. Konsep partisipasi dan sosialisasi politik serta agennya.

- Gaure a/p Perumal

- Ahmad Ridzalman bin Kamarudin

- Shafezan bin Rusli

5. Konsep parti politik dan jenis-jenis parti politik.

- Mohd Noh bin Md. Yunus & Azwan bin Tamin

6. Fungsi parti politik dan sistem politik.

- Mohamad Khairul bin Abd. Samad

- Muhamad Nazir bin Dalimi

7. Konsep sistem pilihan raya dan jenis-jenis pilihanraya.

- Zainal bin Sanusi, Rozihan bin Abdul Rahman, Mat Sudin bin Taupek

8. Konsep sistem pengundian dan jenis-jenis pengundian.

- Mohd Faizal bin Jaafar

- Mohd Sallehuddin bin Saidin

- Zulkifli bin Ab Hamid

9. Tingkahlaku pengundi dan teori pengundian.

- Linda binti Ghazali

- Rosmaliza binti Mohamed Rashid

Tajuk Tugasan Kursus Analisa Politik SKSJ2093

Tugasan ini akan membawa 30% markah dan hendaklah dihantar pada pertemuan kali kedua pada 08 Mei 2010. Sebagaimana pesanan Prof. Agus, semua softcopy tugasan juga hendaklah dihantar kepada moderator untuk diuploadkan ke dalam blog.

1. Bincangkan konsep parti politik dan pilihanraya. Sejauh manakah dua konsep ini saling berkait?

- Yap Hui Hsien

- Azwan bin Tamin

2. Sejauh manakah ideologi politik berperanan dalam menentukan kesetiaan pengundi kepada sesuatu parti dalam pilihan raya?

- Mohd Sallehuddin bin Saidin

- Rosmaliza binti Mohamed Rashid

3. Bincangkan konsep pengundi atas pagar dan pengundi diam (silent voters). Huraikan faktor yang mewujudkan kumpulan pengundi ini.

- Mat Sudin bin Taupek

4. Sistem pilihan raya di negara barat adalah lebih telus dari sistem pilihan raya di negara membangun. Dengan merujuk kepada contoh negara yang anda pilih, bahaskan kenyataan di atas.

- Mohd Faizal bin Jaafar

5. Penipuan dan ketidakadilan didakwa sering berlaku dalam pilihanraya di negara membangun. Bagi mengatasinya, perlukah pilihan raya di negara inidipantau oleh pasukan pemerhati luar negara? Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada contoh dari negara yang anda pilih.

- Zulkifli bin Ab Hamid

- Gaure a/p Perumal

6. Bagi memastikan politik Malaysia kekal stabil dan demokratik, sejauh manakah sistem dua parti merupakan penyeleaian terbaik kepada sistem politik negara?

- Zailanni bin Amit

- Zaiton binti Abdullah

- Siti Fatimah binti Muhamed

7. Dengan merujuk kepada contoh dari negara tertentu, bincangkan isu utama yang menentukan kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya.

- Zainal bin Sanusi

- Linda binti Ghazali

8. Pilihan raya dan demokrasi adalah saling berkait. Bincangkan.

- Abdul Rani bin Hashim

- Ahmad Ridzalman bin Kamarudin

9. Bincangkan pengaruh internet dalam menentukan sikap pengundi.

- Rozihan bin Abdul Rahman

10. Sejauh manakah partisipasi politik dan pilihan raya saling berkait?

- Mohd Noh bin Md. Yunus

- Shafezan bin Rusli

11. Sejauh manakah pengundi muda berpengaruh dalam menentukan corak politik di sesebuah negara?

- Muhamad Nazir bin Dalimi

12. Keanggotaan kabinet atau badan eksekutif patut didasarkan kepada kepakaran dan bukannya pertimbangan politik. Bincangkan.

- Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar

13. Bincangkan sistem parti dan pilihan raya di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

- Mohamad Khairul bin Abd. Samad

Sunday, March 7, 2010

Peringatan: Siswa Pbjj Ukm menjemput anda untuk sertai Facebook...

facebook
Hai Politik2my.siswa2a,
Penama berikut mengundang anda menjadi rakan mereka di Facebook:
Siswa Pbjj UkmSiswa Pbjj Ukm
Jemputan telah dihantar
Feb 18, 2010
 

Facebook ialah tempat yang terbaik untuk mengekalkan hubungan persahabatan, menghantar foto, video dan menganjurkan acara. Namun, sebelum itu anda perlu menyertai! Daftarlah sekarang untuk membina profil anda dan berhubung dengan orang yang anda kenali.
Terima Kasih,
Pasukan Facebook

Already have an account? Add this email address to your account here.
Facebook adalah percuma dan sesiapapun boleh menyertainya.
Daftar
Mesej ini ditujukan kepada politik2my.siswa2a@blogger.com. Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mel sebegini dari Facebook pada masa hadapan, sila klik di sini untuk berhenti melanggan.
Pejabat Facebook terletak di 1601 S. California Ave., Palo Alto, CA 94304.

Saturday, March 6, 2010

Kuliah Pertama Minggu Depan 14 Mac 2010 (Ahad)

Semua raka-rakan diingatkan menghadiri kuliah kurusus Analisis Pilihanraya SKSJ2093 (3A.508, Tingkat 4). Kehadiran awal adalah diharapkan bagi memudahkan sesi kuliah dapat disampaikan dengan berkesan oleh Prof. Agus. Terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Gangguan Bekalan Elektrik di UKM pada 7 Mac 2010 (FSSK PBJJ)

 

 

From: Asmadi Hazim [mailto:abh@ukm.my]
Sent: Thursday, February 25, 2010 5:24 PM
To: Dir_jamman@yahoo.com; johanyami@yahoo.com; arai_raidah@yahoo.com; rosniza_70@yahoo.com.my; shafezan@upsi.edu.my; meykelate65@yahoo.com; afk4434@yahoo.com.my; syafizabintisaid@yahoo.com.my; din3683@yahoo.my; syahuda_asy@yahoo.com.my; jamnahmanaf@ymail.com; ashabila04@yahoo.com; aizazulkefeli@yahoo.com; maiza_72@yahoo.com.my; cmar2352@yahoo.com; izal_05@yahoo.com.my; selempang_nusantara@yahoo.com; zieora1968@yahoo.com.my; reezam_joey@yahoo.com; rosmawatimohdyasin@yahoo.com; rozita_30@yahoo.com; shahrom-shaari@yahoo.com; bba7204_zulhilmi@yahoo.com; sallygan6341@hotmail.com; rainyhsy@yahoo.com; ssurialia@yahoo.com.my; tanglunggen2@gmail.com; adimed.5355@gmail.com; azwanjsj@gmail.com; dinkelam@gmail.com; abdulr183@salam.uitm.edu.my; nellin83@yahoo.com; mohamedhatta@gmail.com; caponi7@yahoo.com; noh2my@gmail.com; mohdnorsharnusi@jpa.gov.my; mss_ateh08@yahoo.com; eja0978@yahoo.com; zihan_wnz@yahoo.com; combee_kl@yahoo.com; javas622@yahoo.com; zainals@bnm.gov.my; zaitonjpm@yahoo.com; zul_hamid@yahoo.com; ridzalman_ukm@yahoo.com.my; keflyez_2@yahoo.com; basri_anjai@yahoo.com; umi.aminah@yahoo.com; cittu76@yahoo.com; farahnur_abd_hamid@yahoo.com.my; intan1102@gmail.com; hidayu82@yahoo.com; saghiragavan@yahoo.com.my; fizah_muslimah@yahoo.com; Mohd Khairul Abd Samad, PJK; nazir@ganad.com.my; hakhom@gmail.com; azila_taib@yahoo.com; vkokila14@yahoo.com; kertas_conteng@yahoo.com; norleea@yahoo.com; zan841008@gmail.com; rohyati_tajudin@yahoo.com; raz08@ymail.com; hkshima71@yahoo.com.my
Subject: Gangguan Bekalan Elektrik di UKM pada 7 Mac 2010 (FSSK PBJJ)

 

Saudara/i,

 

Makluman:

 

Gangguan Bekalan Elektrik di Seluruh Kampus UKM Bangi

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

 

Untuk maklumat lanjut boleh lihat lampiran atau ke http://pkukmweb.ukm.my/~pkp/documents/gangguan0001.pdf

 

Sehubungan dengan itu, semua kuliah pada tarikh tersebut terpaksa DIBATALKAN dan perkhidmatan kaunter PKP DITUTUP.

 

Sekian harap maklum.

 

Asmadi Hazim
Pusat Kembangan Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 03-8921 3495
Fax : 03-8925 1391
http://www.ukm.my/kembangan

 

nota: Sila abaikan makluman ini jika telah menamatkan pengajian.

Friday, February 19, 2010

Kita Dah Ada Facebook

Sila joint dalam facebook kita, jangan jadi buta IT kerana Web 2.0 adalah sangat penting sebagai wadah politik masa kini...

Periksa profil Facebook saya

facebook
Pbjj Ukm
Pbjj Ukm mempunyai:
1 rakan
0 gambar
0 nota
0 kiriman dinding
0 kumpulan

Periksa profil Facebook saya


Hai Politik2my.siswa2a,

Saya sediakan profil Facebook di mana saya boleh mengumumkan gambar, video dan acara saya dan saya ingin menambah anda sebagai rakan agar anda boleh melihatnya. Mula-mula, anda perlu menyertai Facebook! Sebaik sahaja anda menyertai, anda boleh juga mencipta profil anda sendiri.

Terima Kasih,
Pbjj

Untuk menyertai Facebook, ikuti pautan di bawah:
http://www.facebook.com/p.php?i=100000824617609&k=Z6E3Y56YQX61YBMJPB63QTYPWPDDY44NUWFWFATEUV&r

Already have an account? Add this email address to your account here.
politik2my.siswa2a@blogger.com telah dijemput untuk menyertai Facebook oleh Pbjj Ukm. Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mel sebegini dari Facebook pada masa hadapan, sila klik di sini untuk berhenti melanggan.
Pejabat Facebook terletak di 1601 S. California Ave., Palo Alto, CA 94304.

Senarai Pelajar Semester 2 Sesi 2009-2010

Untuk makluman, saya ada menyemak senarai nama rakan-rakan yang telah mendaftar bagi mengikut kursus Semester 2 Sesi 2009-2010.  Saya dapati hanya 16 orang sahaja yang baru mendaftar seperti di bawah.  Saya berharap rakan lain akan segera mendaftar untuk bersama-sama meneruskan pengajian Semester 4 keseluruhan.
 
A. Telah Daftar
 
01. Ahmad Ridzalman
02. Azwan
03. Ghaure
04. Linda
05. Mat Sudin
06. Mohammad Khairul (Tok Ketua)
07. Mohd Faizal
08. Mohd Noh
09. Mohd Sallehudin
10.Mohd Zulkefli M
11.Muhammad Nazir
12.Rosmaliza
13.Shafezan
14.Zainal
15.Zaiton
16.Zulkifly H
 
B. Belum Daftar
 
01.Abdul Rani bin Hashim - 0192869271
02.Cik Yap Hui Hsien - 0126921623
03.Mohamed Hatta bin Hussin - 0122934814/0192691980
04.Mohd Norsharnusi bin Mohd Isa - 0192000417
05.Nurazila binti Mohd Taib - 0162893009
06.Zailanni bin Amit (Kuching, Sarawak) -
07.Rozihan bin Abdul Rahman - 0172241354
08.Siti Fatimah binti Muhamed - 0123578179


Cara Posting Dalam Blog Siswa2a

Salam hormat. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua rakan yang berjaya dalam Peperiksaan Semester 3 yang lepas. Menjelang sesi kuliah Semester 4 akan datang, saya doakan semoga semua rakan-rakan dapat bersama-sama meneruskan pembelajaran dan menghadapinya dengan penuh keyakinan. Berdasarkan pengalaman sebagai 'moderator' mengendalikan blog 'Siswa2a' sepanjang tiga semester yang lepas, saya mengambil kesempatan memohon kemafaan atas segala kesilapan dan sikap yang kurang menyenangkan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang sebagai manusia biasa saya juga agak kurang senang dengan rakan-rakan yang hanya suka menumpang dan memerlukan kita pada masa terdesak sahaja. Biasanya hanya 5-6 orang sahaja yang aktif 'berbloging' atau 'berchatting' memeriahkan blog kita. Aktiviti juga hanya diikuti secara terhad dan dalam jumlah penyertaan yang terhad.

Sehubungan itu, bagi memulakan semester baru ini, saya berharap semua rakan sekuliah dapat menyumbang buah fikiran dan berkongsi bersama-sama apa jua perkara yang wajar dalam blog ini. Gunakanlah blog ini semaksima mungkin. Kini anda semua tidak perlu lagi menunggu saya menghantar maklumat atau 'posting' maklumat baru atau nota penting yang diterima dari pensyarah dari masa ke semasa untuk dikongsi bersama. Semua maklumat boleh dihantar melalui email di alamat 'politik2my.siswa2a@blogger.com'. Anda boleh mencuba dan 'testing' posting apa jua perkara mulai sekarang dan sekiranya tidak berkaitan saya akan edit atau memadamnya. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan menghantar posting berbentuk 'politik partisan' , isu perkauman dan apa jua perkara yang menyinggung perasaan rakan lain dalam blog ini. Anda semua telah dewasa dan boleh membezakan blog peribadi dan blog rasmi untuk pembelajaran. Kerjasama anda semua adalah amat dihargai.

Tuesday, February 9, 2010

Moderator baru dapat baby 'boy'


Untuk makluman kawan-kawan, isteri saya melahirkan anak lelaki ke lima pada 8 Feb. 2010 (isnin) yang lepas jam 9.49 am dengan berat 3.34 kg. Alhamdulillah, baby tersebut telah dinamakan "Airel Iskandar". Pohon doa teman-teman semoga anak tersebut menjadi lelaki beriman yang patuh kepada Islam dan perintah Allah serta besarnya memberi sumbangan kepada kemuliaan agama, bangsa dan negara. Tarikh lahir nya juga adalah sama dengan kelahiran Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan Malaysia. Semoga zuriat ini menjadi sehebat Tunku.

Friday, February 5, 2010

Pendaftaran Semester 2 Sesi 2009-2010

Semua rakan pelajar PBJJ di ingatkan akan pendaftaran bagi Semester 2 Sesi 2009-2010. Klik sini. Harap jangan ada yang terlupa...

Tahniah, Tok Ketua!

Tok Ketua telah menimang cahayamata ke 3 (lelaki) pada 3 Februari 2010 yang lepas. Hero baru Tok Ketua.. 2.93kg @11.30am. Baby dan isteri beliau dalam keadaan sihat. Semua rakan mengucapkan tahniah kepada beliau sekeluarga.

Tuesday, February 2, 2010

Keputusan Exam

Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2009/2010 boleh disemak melalui laman SMPE mulai 17 Februari 2010

Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi Menang di UKM



Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Jan 29 — Kumpulan Pro-Aspirasi menguasai “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di enam daripada lapan universiti awam yang mengadakan pilihan raya kampus semalam. Institusi pengajian itu yang dikuasai Pro-Aspirasi semalam ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagaimanapun kumpulan Pro-Mahasiswa kekalkan penguasaan di Universiti Malaysia Kelantan. Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaysia Pahang belum diperoleh. MPP UM yang sesi pengajian lalu dirampas oleh kumpulan Pro-Mahasiswa kembali kepada Pro-Aspirasi semalam. Kumpulan Pro-Mahasiswa tewas satu kerusi kepada Pro-Aspirasi. MPP UM menawarkan 41 kerusi. Kumpulan Pro-Mahasiswa yang membantah penggunaan sistem pengundian elektronik (e-undi) memperoleh 20 kerusi di MPP UM berbanding 21 buat Pro-Aspirasi. Keputusan rasmi MPP UM dijangka diketahui hari ini ekoran bantahan.

Kumpulan Pro-Mahasiswa memperoleh 11 daripada 45 kerusi MPP di UTM, sekali gus kekal di tangan Pro-Aspirasi. Pro-Mahasiwa hanya bertanding di 37 daripada 46 kerusi dipertandingkan di universiti itu. Di UPSI, kumpulan Pro-Aspirasi menang dengan mudah kerana Pro-Mahasiswa hanya bertanding di lapan daripada 25 kerusi. Ia telah pun dianggap menang pada hari penamaan calon Selasa lalu. Begitu juga di USM, di mana kumpulan Pro-Mahasiswa yang hanya meletakkan empat daripada 26 kerusi MPP yang ditawarkan, menangi di satu kerusi. Dengan itu USM dengan mudah kekal di tangan Pro-Aspirasi manakala satu kerusi dimenangi calon Bebas. Oleh itu ia dilihat sebagai laluan mudah kepada kumpulan Pro-Aspirasi di UPSI dan USM.

Di UKM, kumpulan Pro-Mahasiswa juga dikatakan kalah teruk semalam, menyebabkan bantahan hebat kumpulan berkenaan. Difahamkan kumpulan berkenaan mengadakan “tunjuk perasaan” awal pagi tadi bagi memprotes dakwaan sikap tidak adil pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus. Calon kumpulan Pro-Aspirasi bertanding di kesemua 35 kerusi MPP UKM. Sehingga pagi ini keputusan rasmi belum diperoleh. Bagaimanapun kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai MPP Universiti Malaysia Kelantan dengan memperoleh tujuh daripada 12 kerusi yang ditandingi.

Di UiTM, kumpulan Pro-Aspirasi yang tidak menghadapi sebarang saingan menang dengan mudah. Mereka menguasai kesemua 50 kerusi yang ditawarkan. Selasa lalu kumpulan Pro-Aspirasi menguasai MPP UPM selepas Pro-Mahasiswa hanya memperoleh 11 kerusi. Bagaimanapun tujuh pelajar, dipercayai dari Pro-Mahasiswa, telah dibatalkan kemenangan mereka atas alasan bertanding secara “berkumpulan” dan menggunakan kempen media baru seperti SMS dan blog. Kali ini pelajar-pelajar yang bertanding juga mewujudkan laman blog di bawah nama “mahasiswakini”.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa telah memenangi MPP Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Islam Antarabangsa. Walaupun pengurusan universiti tidak menggalakkan pertandingan berdasarkan kumpulan tetapi fahaman “politik” Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi masih menjadi amalan secara tidak langsung. Pro-Mahasiswa memegang falsafah perjuangan yang alirannya seakan-akan menyerupai Pakatan Rakyat manakala Pro-Aspirasi pula sebaliknya.

Saturday, January 23, 2010

Dua Peristiwa Berbeza Mewarnai Negara

Ada dua peristiwa berbeza dan di dua tempat berbeza mewarnai sejarah Malaysia pada hari ini. Di kala rakyat berdukacita dengan kemangkatan Al-Sultan Johor, Sultan Iskandar di ibu negara pula 9 orang mahasiswa ditahan polis kerana menyertai perhimpunan jalanan haram 'demokrasi kampus'. Alfatihah buat allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Sebagai mahasiswa, anda tidaklah sehebat mana sebab masih belajar (belum khatam) lagi. Sepatutnya kalau kata terpelajar, program perarakan tersebut hendaklah dibatalkan atau ditangguhkan kerana menghormati kemangkatan seorang Sultan Melayu di Malaysia. Adakah pelajar yang ditangkap itu bangsa bukan Melayu? Yang ramainya pelajar UIAM, UKM & KUIS. Rasanya Melayu semua...


Bicara anda berkenaan 'hak asasi' adalah tersasar dengan perjuangan & masalah demokrasi kampus. Kerajaan meletakkan anda sebagai mahasiswa di bawah AUKU. Saudara & saudari anda di Indonesia yang kerap melalak dan berdemonstrasi juga tidak membantu pembangunan ekonomi negara dan menjauhkan pelabur dari negara mereka. Sedarlah, ekonomi negara di seluruh dunia sedang tenat atau cukup-cukup makan. Tindakan anda sama seperti pembangkang yang tidak membantu kerajaan mengukuhkan ekonomi, sosial & politik. Percayalah, kalangan pakar ekonomi hari ini yang dahulunya hebat mengkritik kerajaan semasa di kampus juga kini tidak berkenan dengan tindakan anda. Hanya segelintir 'lawyer jalanan' dan 'human right watch' yang anda sanjung sahaja yang menyokong tindakan menyalak bukit itu. Anda telah terkelabu mata dengan perasaan hebat punya 'hak asasi' yang boleh digunakan merata tempat. Sedarlah wahai mahasiswa, tumpukanlah perhatian kepada pelajaran berbanding suka berpolitiking dan terikut-ikut gaya pembangkang. Malulah sikit dengan pelajar bukan Melayu yang sentiasa cemerlang dalam peperiksaan dan anda masih belajar dengan mengemis dan ihsan pinjaman PTPTN. Jangan lupa bayar balik hutang, sebab kalau gagal maka selalunya terus hilang tak bayar hutang...

Friday, January 8, 2010

Tips SKSP 2053 - Kedinamikan Sistem Antarabangsa

----- Forwarded Message ----
From: Cheng-Chwee Kuik <cckuik@gmail.com>
To: Zaiton Jpm <zaitonjpm@yahoo.com>
Sent: Mon, December 28, 2009 7:28:04 PM
Subject: Re: Kedinamikan Sistem Antarabangsa SKSP 2053

Dear Zaiton,

Sorry for the delay in responding. About your question, there will be 4 sections in the two-hour exam. The format is as follows:

Bahagian A (10%) contains 10 questions (Benar/Salah);

Bahagian B (30%) contains 30 objective questions - you need to use Borang OMR

Bahagian C (30%) contains 10 structural questions - jawapan pendek

Bahagian D (30%) contains 2 essay questions - You need to answer both questions; - Your answer to each question
should not exceed 1 page- One question from Dr Zarina's lecture, and another from my session

To prepare for the exam, it is not enough to rely on the handouts. You need to also refer to the Textbook, plus the materials in Course pack.

You need to familiarize yourself with key concepts, theories (and their assumptions), causes and consequences of certain key phenomena and events in international relations (such as unequal development, regionalism, etc), as well as mechanisms to maintain international order in the contemporary international system.

Hope this helps.

Happy New Year!

Salam,Kuik

Wednesday, January 6, 2010

Tips Falsafah Politik - Prof. Saleha

From: saliha hassan <saliha105@yahoo.com>
Date: 2010/1/5
Subject: SKSJ1033
To: Mohd Noh PPBJJ <politik2my@gmail.com>

Sdr/sdri yang dihormati,

1. Saya telah menerima beberapa sms betanyakan soalan/tajuk untuk peperiksaan akhir. Rasanya panduan yang saya berikan yang masih tertera dalam blogspot itu adalah asas untuk ulang kaji. Saya berharap sdr/sdri tidak menyediakan jawapan pasang-siap berdasarkan soalan ramalan sendiri.

2. Nasihat saya ialah, fahamkan (dan dengan itu akan ingat) aspek-aspek yang berkaitan, walau pun kaitan yang kelihatan tidak secara langsung, dengan fokus yang saya berikan tersebut. Latihan atau ulang kaji demikian bukan sahaja menjamin persediaan yang lebih mantap tetapi juga membolehkan pembelajaran yang lebih berkesan, yakni bukan sekadar untuk meraih markah sahaja. **Ia akan membolehkan sdr/sdri menjawab dengan baik dan menepati yang ditanyakan.

3. Pemarkahan adalah berpandukan;

- 50% huraian,
- 40% ulasan/analisis/contoh/perbincangan/pandangan
- 10% teknikal seperti Bahasa dan persembahan.

Selamat berjaya dan maju,

SalihaHAssan