Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi Menang di UKM



Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Jan 29 — Kumpulan Pro-Aspirasi menguasai “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di enam daripada lapan universiti awam yang mengadakan pilihan raya kampus semalam. Institusi pengajian itu yang dikuasai Pro-Aspirasi semalam ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagaimanapun kumpulan Pro-Mahasiswa kekalkan penguasaan di Universiti Malaysia Kelantan. Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaysia Pahang belum diperoleh. MPP UM yang sesi pengajian lalu dirampas oleh kumpulan Pro-Mahasiswa kembali kepada Pro-Aspirasi semalam. Kumpulan Pro-Mahasiswa tewas satu kerusi kepada Pro-Aspirasi. MPP UM menawarkan 41 kerusi. Kumpulan Pro-Mahasiswa yang membantah penggunaan sistem pengundian elektronik (e-undi) memperoleh 20 kerusi di MPP UM berbanding 21 buat Pro-Aspirasi. Keputusan rasmi MPP UM dijangka diketahui hari ini ekoran bantahan.

Kumpulan Pro-Mahasiswa memperoleh 11 daripada 45 kerusi MPP di UTM, sekali gus kekal di tangan Pro-Aspirasi. Pro-Mahasiwa hanya bertanding di 37 daripada 46 kerusi dipertandingkan di universiti itu. Di UPSI, kumpulan Pro-Aspirasi menang dengan mudah kerana Pro-Mahasiswa hanya bertanding di lapan daripada 25 kerusi. Ia telah pun dianggap menang pada hari penamaan calon Selasa lalu. Begitu juga di USM, di mana kumpulan Pro-Mahasiswa yang hanya meletakkan empat daripada 26 kerusi MPP yang ditawarkan, menangi di satu kerusi. Dengan itu USM dengan mudah kekal di tangan Pro-Aspirasi manakala satu kerusi dimenangi calon Bebas. Oleh itu ia dilihat sebagai laluan mudah kepada kumpulan Pro-Aspirasi di UPSI dan USM.

Di UKM, kumpulan Pro-Mahasiswa juga dikatakan kalah teruk semalam, menyebabkan bantahan hebat kumpulan berkenaan. Difahamkan kumpulan berkenaan mengadakan “tunjuk perasaan” awal pagi tadi bagi memprotes dakwaan sikap tidak adil pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus. Calon kumpulan Pro-Aspirasi bertanding di kesemua 35 kerusi MPP UKM. Sehingga pagi ini keputusan rasmi belum diperoleh. Bagaimanapun kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai MPP Universiti Malaysia Kelantan dengan memperoleh tujuh daripada 12 kerusi yang ditandingi.

Di UiTM, kumpulan Pro-Aspirasi yang tidak menghadapi sebarang saingan menang dengan mudah. Mereka menguasai kesemua 50 kerusi yang ditawarkan. Selasa lalu kumpulan Pro-Aspirasi menguasai MPP UPM selepas Pro-Mahasiswa hanya memperoleh 11 kerusi. Bagaimanapun tujuh pelajar, dipercayai dari Pro-Mahasiswa, telah dibatalkan kemenangan mereka atas alasan bertanding secara “berkumpulan” dan menggunakan kempen media baru seperti SMS dan blog. Kali ini pelajar-pelajar yang bertanding juga mewujudkan laman blog di bawah nama “mahasiswakini”.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa telah memenangi MPP Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Islam Antarabangsa. Walaupun pengurusan universiti tidak menggalakkan pertandingan berdasarkan kumpulan tetapi fahaman “politik” Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi masih menjadi amalan secara tidak langsung. Pro-Mahasiswa memegang falsafah perjuangan yang alirannya seakan-akan menyerupai Pakatan Rakyat manakala Pro-Aspirasi pula sebaliknya.

Saturday, January 23, 2010

Dua Peristiwa Berbeza Mewarnai Negara

Ada dua peristiwa berbeza dan di dua tempat berbeza mewarnai sejarah Malaysia pada hari ini. Di kala rakyat berdukacita dengan kemangkatan Al-Sultan Johor, Sultan Iskandar di ibu negara pula 9 orang mahasiswa ditahan polis kerana menyertai perhimpunan jalanan haram 'demokrasi kampus'. Alfatihah buat allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Sebagai mahasiswa, anda tidaklah sehebat mana sebab masih belajar (belum khatam) lagi. Sepatutnya kalau kata terpelajar, program perarakan tersebut hendaklah dibatalkan atau ditangguhkan kerana menghormati kemangkatan seorang Sultan Melayu di Malaysia. Adakah pelajar yang ditangkap itu bangsa bukan Melayu? Yang ramainya pelajar UIAM, UKM & KUIS. Rasanya Melayu semua...


Bicara anda berkenaan 'hak asasi' adalah tersasar dengan perjuangan & masalah demokrasi kampus. Kerajaan meletakkan anda sebagai mahasiswa di bawah AUKU. Saudara & saudari anda di Indonesia yang kerap melalak dan berdemonstrasi juga tidak membantu pembangunan ekonomi negara dan menjauhkan pelabur dari negara mereka. Sedarlah, ekonomi negara di seluruh dunia sedang tenat atau cukup-cukup makan. Tindakan anda sama seperti pembangkang yang tidak membantu kerajaan mengukuhkan ekonomi, sosial & politik. Percayalah, kalangan pakar ekonomi hari ini yang dahulunya hebat mengkritik kerajaan semasa di kampus juga kini tidak berkenan dengan tindakan anda. Hanya segelintir 'lawyer jalanan' dan 'human right watch' yang anda sanjung sahaja yang menyokong tindakan menyalak bukit itu. Anda telah terkelabu mata dengan perasaan hebat punya 'hak asasi' yang boleh digunakan merata tempat. Sedarlah wahai mahasiswa, tumpukanlah perhatian kepada pelajaran berbanding suka berpolitiking dan terikut-ikut gaya pembangkang. Malulah sikit dengan pelajar bukan Melayu yang sentiasa cemerlang dalam peperiksaan dan anda masih belajar dengan mengemis dan ihsan pinjaman PTPTN. Jangan lupa bayar balik hutang, sebab kalau gagal maka selalunya terus hilang tak bayar hutang...

Friday, January 8, 2010

Tips SKSP 2053 - Kedinamikan Sistem Antarabangsa

----- Forwarded Message ----
From: Cheng-Chwee Kuik <cckuik@gmail.com>
To: Zaiton Jpm <zaitonjpm@yahoo.com>
Sent: Mon, December 28, 2009 7:28:04 PM
Subject: Re: Kedinamikan Sistem Antarabangsa SKSP 2053

Dear Zaiton,

Sorry for the delay in responding. About your question, there will be 4 sections in the two-hour exam. The format is as follows:

Bahagian A (10%) contains 10 questions (Benar/Salah);

Bahagian B (30%) contains 30 objective questions - you need to use Borang OMR

Bahagian C (30%) contains 10 structural questions - jawapan pendek

Bahagian D (30%) contains 2 essay questions - You need to answer both questions; - Your answer to each question
should not exceed 1 page- One question from Dr Zarina's lecture, and another from my session

To prepare for the exam, it is not enough to rely on the handouts. You need to also refer to the Textbook, plus the materials in Course pack.

You need to familiarize yourself with key concepts, theories (and their assumptions), causes and consequences of certain key phenomena and events in international relations (such as unequal development, regionalism, etc), as well as mechanisms to maintain international order in the contemporary international system.

Hope this helps.

Happy New Year!

Salam,Kuik

Wednesday, January 6, 2010

Tips Falsafah Politik - Prof. Saleha

From: saliha hassan <saliha105@yahoo.com>
Date: 2010/1/5
Subject: SKSJ1033
To: Mohd Noh PPBJJ <politik2my@gmail.com>

Sdr/sdri yang dihormati,

1. Saya telah menerima beberapa sms betanyakan soalan/tajuk untuk peperiksaan akhir. Rasanya panduan yang saya berikan yang masih tertera dalam blogspot itu adalah asas untuk ulang kaji. Saya berharap sdr/sdri tidak menyediakan jawapan pasang-siap berdasarkan soalan ramalan sendiri.

2. Nasihat saya ialah, fahamkan (dan dengan itu akan ingat) aspek-aspek yang berkaitan, walau pun kaitan yang kelihatan tidak secara langsung, dengan fokus yang saya berikan tersebut. Latihan atau ulang kaji demikian bukan sahaja menjamin persediaan yang lebih mantap tetapi juga membolehkan pembelajaran yang lebih berkesan, yakni bukan sekadar untuk meraih markah sahaja. **Ia akan membolehkan sdr/sdri menjawab dengan baik dan menepati yang ditanyakan.

3. Pemarkahan adalah berpandukan;

- 50% huraian,
- 40% ulasan/analisis/contoh/perbincangan/pandangan
- 10% teknikal seperti Bahasa dan persembahan.

Selamat berjaya dan maju,

SalihaHAssan