



Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (PBJJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (Sesi 2011/2012)
Semalam adalah merupakan sesi kuliah pusingan kedua. Walau bagaimanapun, pengkuliahan yang disampaikan oleh En. Ghapa adalah sangat memboringkan. Beliau mengulas perkembangan falsafah dari Aristotle pada abad ke 5 sebelum masihi hinggalah ke zaman moden di abad ke 18. Termasuk pertembungan falsafah dengan theologi. Saya berpendapat kuliah tersebut menarik jika disampaikan dengan kaedah dan gaya yang lebih baik. Seperti Prof. Ghazali, walaupun lembut dan slow tetapi berkesan. Itu bagi saya lah, harap rakan kuliah yang lain dapat menangkap ilmu yang telah disampaikan oleh En. Ghapa. Walau bagaimanapun, beliau berpesan supaya kertas tugasan hendaklah dihantar pada hari peperiksaan dengan Tok Ketua bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpul semua kertas tugasan dari rakan sekursus.
Nak tengok rupa muka-muka yang keboringan dalam kuliah tersebut di bawah ini...