Wednesday, July 15, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Timbalan Perdana Menteri


Persatuan Pelajar Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Majlis Makan Malam bersama YAB. Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 11 Oktober 2009 akan datang bertempat di Dewan Seri Endon, PUSPANITA, Presint 10, Putrajaya. Turut hadir ialah Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pernah menjadi pelajar UKM. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menghadiri majlis tersebut, dipohon membayar RM50 pada pertemuan sesi kuliah kita yang pertama akan datang. Sekian dimaklumkan.

No comments:

Post a Comment