Wednesday, November 18, 2009

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Sebagaimana yang dikehendaki oleh Prof Agus, semua pelajar dikehendaki menghantar softcopy tugasan SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam kepada saya untuk diuploadkan ke dalam blog ini. Tugasan hendaklah diemelkan selewat-lewatnya pada hari jumaat untuk di 'convert' kepada fail .pdf dan seterusnya pengemaskinian menggunakan web document 'scribd'. Kerjasama anda semua adalah amat dihargai.

Senarai tugasan adalah seperti berikut;

Tajuk 1: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Tajuk 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara.

Tajuk 3: Bincangkan konsep reformasi pentadbiran dan reinventing goverment. Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada perkembangan pentadbiran masa kini di salah sebuah negara yang anda pilih.

Tajuk 4: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Tajuk 5: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

Tajuk 6: Motivasi adalah penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor.

Tajuk 7: Dengan merujuk kepada contoh dari dua negara yang berbeza, bincangkan perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan spoil system.

Tajuk 8: Sejauh manakah kerajaan elektronik dikatakan sebagai satu kaedah ke arah mencapai pengurusan strategik yang berkesan?

Tajuk 9: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih.

Tajuk 10: TQM dan ISO (International Organization for Standardization) berjaya dalam meningkatkan kecekapan pengurusan. Sajauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?


Tajuk 11: Bincangkan konsep new public management. Apakah aspek yang ditekankan dalam pengurusan awam baru ini?


Tajuk 12: Dengan merujuk kepada sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam negara, bincangkan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sistem penyampaian.

Tajuk 13: Konsep Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah saling berkaitan. Bincangkan.

No comments:

Post a Comment