Wednesday, July 29, 2009

Maklumat Penting Semester 1 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari sudah tentu telah menerima email yang memaklumkan sesi perkuliahan Semester 1 Sesi 2009/2010 akan bermula mulai 24 Ogos 2009. Rasanya kita berkuliah tengah puasa tu. So, jangan lupa mendaftar dan kepada rakan-rakan yang belum membuat pendaftaran kursus awal, dikehendaki mendaftar di SMPE mulai 24 Ogos 2009. Bersama-sama ini dilampirkan surat pekeliling mengenai pemberitahuan perkara berkenaan.

Wednesday, July 15, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Timbalan Perdana Menteri


Persatuan Pelajar Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Majlis Makan Malam bersama YAB. Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 11 Oktober 2009 akan datang bertempat di Dewan Seri Endon, PUSPANITA, Presint 10, Putrajaya. Turut hadir ialah Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pernah menjadi pelajar UKM. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menghadiri majlis tersebut, dipohon membayar RM50 pada pertemuan sesi kuliah kita yang pertama akan datang. Sekian dimaklumkan.

Tuesday, July 14, 2009

Keputusan Peperiksaan

Result exam Semester 2 Sesi 2008/2009 telah keluar dan boleh dilihat melalui SMPE mulai 10 Julai 2009 yang lepas. Sementara itu result MUET juga telah keluar dan boleh di lihat melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai semalam. Tahniah, kepada kawan2 yang mendapat keputusan yang baik dan kepada yang kurang memberangsangkan kita sama-sama fokus dan kerja keras pada semester depan. Kepada kawan2 yang belum daftar kursus bagi semester 1 sesi 2009/2010 kalian masih sempat lagi untuk mendaftar selepas ini semasa Pendaftaran Kursus Semasa / Gugur Tambah Kursus. Jumpa anda semua next month.