Friday, February 19, 2010

Cara Posting Dalam Blog Siswa2a

Salam hormat. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua rakan yang berjaya dalam Peperiksaan Semester 3 yang lepas. Menjelang sesi kuliah Semester 4 akan datang, saya doakan semoga semua rakan-rakan dapat bersama-sama meneruskan pembelajaran dan menghadapinya dengan penuh keyakinan. Berdasarkan pengalaman sebagai 'moderator' mengendalikan blog 'Siswa2a' sepanjang tiga semester yang lepas, saya mengambil kesempatan memohon kemafaan atas segala kesilapan dan sikap yang kurang menyenangkan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang sebagai manusia biasa saya juga agak kurang senang dengan rakan-rakan yang hanya suka menumpang dan memerlukan kita pada masa terdesak sahaja. Biasanya hanya 5-6 orang sahaja yang aktif 'berbloging' atau 'berchatting' memeriahkan blog kita. Aktiviti juga hanya diikuti secara terhad dan dalam jumlah penyertaan yang terhad.

Sehubungan itu, bagi memulakan semester baru ini, saya berharap semua rakan sekuliah dapat menyumbang buah fikiran dan berkongsi bersama-sama apa jua perkara yang wajar dalam blog ini. Gunakanlah blog ini semaksima mungkin. Kini anda semua tidak perlu lagi menunggu saya menghantar maklumat atau 'posting' maklumat baru atau nota penting yang diterima dari pensyarah dari masa ke semasa untuk dikongsi bersama. Semua maklumat boleh dihantar melalui email di alamat 'politik2my.siswa2a@blogger.com'. Anda boleh mencuba dan 'testing' posting apa jua perkara mulai sekarang dan sekiranya tidak berkaitan saya akan edit atau memadamnya. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan menghantar posting berbentuk 'politik partisan' , isu perkauman dan apa jua perkara yang menyinggung perasaan rakan lain dalam blog ini. Anda semua telah dewasa dan boleh membezakan blog peribadi dan blog rasmi untuk pembelajaran. Kerjasama anda semua adalah amat dihargai.

No comments:

Post a Comment