Sunday, March 28, 2010

Kuliah Kursus Ekonomi Politik SKSJ 2013

Hari ini Dr. Sity Daud menyampaikan kuliah bagi kursus SKSJ 2013 Ekonomi Politik Seramai 17 orang pelajar menghadiri kuliah berkenaan. Selain membincangkan teori dan asas ekonomi politik sebenarnya kursus ini banyak berkait rapat dengan kesan globalisasi dunia terhadap politik dan ekonomi. Justeru itu, pelajar diingatkan bahawa bahan bacaan kursus ini tidak terikat kepada ekonomi sahaja.

Objektif Kursus:

Kursus ini bertujuan memperkenalkan ekonomi politik sebagai satu disiplin dalam sains sosial. Masyarakat tidak boleh difahami daripada satu perspektif. Pendekatan ekonomi politik memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai masyarakat melalui integrasi dan perbandingan pelbagai disiplin seperti ekonomi, politik, sosiologi dan sejarah berbanding pendekatan satu disiplin. Oleh itu, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pemikiran mengenai masyarakat khususnya perkaitan di antara sosial, ekonomi dan politik dalam kehidupan bermasyarakat. Tumpuan khusus akan diberikan kepada beberapa perspektif teori dalam bidang ekonomi politik untuk memahami falsafah yang mendasari perubahan dalam masyarakat. Perkembangan mutakhir yang membabitkan kemunculan ideologi dan praktik globalisasi turut dibincangkan bagi memperlihatkan perkembangan teori ekonomi politik dalam kajian-kajian yang terkini.

Hasil Pembelajaran:

- Mampu mengguna data/statisktik ekonomi bagi kajian politik.
- Mampu mengalikasi analisis politik untuk memahami fenomena ekonomi dan sebaliknya.
- Mampu membincang secara kritikal pelbagai model pembangunan bagi kajian kes terpilih.

Kaedah Penilaian:

Peperiksaan akhir 60%
Esei 30%
Perbincangan 10%

No comments:

Post a Comment