Sunday, March 28, 2010

Tajuk Tugasan & Proforma Kursus Ekonomi Politik

TAJUK ESEI (30 MARKAH)

1. Bincangkan kelemahan model kapitalis dalam kes pilihan anda.

2. Bincangkan kesan konflik kelas ke atas perkembangan politik negara membangun.

3. Nilai Asia adalah rahsia kejayaan ekonomi negara industri baru Asia Timur. Bincangkan.

4. Krisis ekonomi mengimpak kestabilan politik negara. Bincangkan.

5. Bincangkan globalisasi sebagai pencetus pendemokrasian.


Perhatian

· Tugasan ini dilakukan secara individu
· Format: 3000 patah perkataan, font 12, 1.5 spacing, Times New Roman
· Sila letakkan peta, jadual, carta dan sebagainya dalam lampiran
. Tugasan hendaklah dihantar pada hari peperiksaan akhir

PEPERIKSAAN AKHIR (60 MARKAH)

Peperiksaan akhir bernilai 60 markah terdiri daripada Bahagian A (20 markah) yang terdiri daripada teori/konsep utama manakala Bahagian B (40 markah) pula mengandungi soalan esei yang memerlukan perbincangan teori/ konsep merujuk kepada aplikasi yang sesuai.

Kuliah Kursus Ekonomi Politik SKSJ 2013

Hari ini Dr. Sity Daud menyampaikan kuliah bagi kursus SKSJ 2013 Ekonomi Politik Seramai 17 orang pelajar menghadiri kuliah berkenaan. Selain membincangkan teori dan asas ekonomi politik sebenarnya kursus ini banyak berkait rapat dengan kesan globalisasi dunia terhadap politik dan ekonomi. Justeru itu, pelajar diingatkan bahawa bahan bacaan kursus ini tidak terikat kepada ekonomi sahaja.

Objektif Kursus:

Kursus ini bertujuan memperkenalkan ekonomi politik sebagai satu disiplin dalam sains sosial. Masyarakat tidak boleh difahami daripada satu perspektif. Pendekatan ekonomi politik memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai masyarakat melalui integrasi dan perbandingan pelbagai disiplin seperti ekonomi, politik, sosiologi dan sejarah berbanding pendekatan satu disiplin. Oleh itu, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pemikiran mengenai masyarakat khususnya perkaitan di antara sosial, ekonomi dan politik dalam kehidupan bermasyarakat. Tumpuan khusus akan diberikan kepada beberapa perspektif teori dalam bidang ekonomi politik untuk memahami falsafah yang mendasari perubahan dalam masyarakat. Perkembangan mutakhir yang membabitkan kemunculan ideologi dan praktik globalisasi turut dibincangkan bagi memperlihatkan perkembangan teori ekonomi politik dalam kajian-kajian yang terkini.

Hasil Pembelajaran:

- Mampu mengguna data/statisktik ekonomi bagi kajian politik.
- Mampu mengalikasi analisis politik untuk memahami fenomena ekonomi dan sebaliknya.
- Mampu membincang secara kritikal pelbagai model pembangunan bagi kajian kes terpilih.

Kaedah Penilaian:

Peperiksaan akhir 60%
Esei 30%
Perbincangan 10%

Monday, March 15, 2010

Tajuk Tugasan Kedua Kursus Analisa Politik SKSJ2093

Tugasan kedua ini akan membawa 20% markah dan hendaklah dihantar dalam tempoh dua minggu dari sekarang iaitu pada 28 Mac 2010. Sebagaimana pesanan Prof. Agus, semua softcopy tugasan juga hendaklah dihantar kepada moderator untuk diuploadkan ke dalam blog. Sekiranya terdapat kesilapan tajuk dan kedudukan kumpulan adalah tidak betul berbanding spt. semasa kuliah, sila maklumkan kepada moderator.

1. Konsep budaya politik. Ciri-ciri dan jenisnya.

- Zailanni bin Amit

- Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar

2. Konsep Gerrymandering.

- Zaiton binti Abdullah

- Siti Fatimah binti Muhamed

- Norsharnusi

3. Konsep ideologi politik dan jenis-jenisnya.

- Abdul Rani bin Hashim

- Yap Hui Hsien

4. Konsep partisipasi dan sosialisasi politik serta agennya.

- Gaure a/p Perumal

- Ahmad Ridzalman bin Kamarudin

- Shafezan bin Rusli

5. Konsep parti politik dan jenis-jenis parti politik.

- Mohd Noh bin Md. Yunus & Azwan bin Tamin

6. Fungsi parti politik dan sistem politik.

- Mohamad Khairul bin Abd. Samad

- Muhamad Nazir bin Dalimi

7. Konsep sistem pilihan raya dan jenis-jenis pilihanraya.

- Zainal bin Sanusi, Rozihan bin Abdul Rahman, Mat Sudin bin Taupek

8. Konsep sistem pengundian dan jenis-jenis pengundian.

- Mohd Faizal bin Jaafar

- Mohd Sallehuddin bin Saidin

- Zulkifli bin Ab Hamid

9. Tingkahlaku pengundi dan teori pengundian.

- Linda binti Ghazali

- Rosmaliza binti Mohamed Rashid

Tajuk Tugasan Kursus Analisa Politik SKSJ2093

Tugasan ini akan membawa 30% markah dan hendaklah dihantar pada pertemuan kali kedua pada 08 Mei 2010. Sebagaimana pesanan Prof. Agus, semua softcopy tugasan juga hendaklah dihantar kepada moderator untuk diuploadkan ke dalam blog.

1. Bincangkan konsep parti politik dan pilihanraya. Sejauh manakah dua konsep ini saling berkait?

- Yap Hui Hsien

- Azwan bin Tamin

2. Sejauh manakah ideologi politik berperanan dalam menentukan kesetiaan pengundi kepada sesuatu parti dalam pilihan raya?

- Mohd Sallehuddin bin Saidin

- Rosmaliza binti Mohamed Rashid

3. Bincangkan konsep pengundi atas pagar dan pengundi diam (silent voters). Huraikan faktor yang mewujudkan kumpulan pengundi ini.

- Mat Sudin bin Taupek

4. Sistem pilihan raya di negara barat adalah lebih telus dari sistem pilihan raya di negara membangun. Dengan merujuk kepada contoh negara yang anda pilih, bahaskan kenyataan di atas.

- Mohd Faizal bin Jaafar

5. Penipuan dan ketidakadilan didakwa sering berlaku dalam pilihanraya di negara membangun. Bagi mengatasinya, perlukah pilihan raya di negara inidipantau oleh pasukan pemerhati luar negara? Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada contoh dari negara yang anda pilih.

- Zulkifli bin Ab Hamid

- Gaure a/p Perumal

6. Bagi memastikan politik Malaysia kekal stabil dan demokratik, sejauh manakah sistem dua parti merupakan penyeleaian terbaik kepada sistem politik negara?

- Zailanni bin Amit

- Zaiton binti Abdullah

- Siti Fatimah binti Muhamed

7. Dengan merujuk kepada contoh dari negara tertentu, bincangkan isu utama yang menentukan kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya.

- Zainal bin Sanusi

- Linda binti Ghazali

8. Pilihan raya dan demokrasi adalah saling berkait. Bincangkan.

- Abdul Rani bin Hashim

- Ahmad Ridzalman bin Kamarudin

9. Bincangkan pengaruh internet dalam menentukan sikap pengundi.

- Rozihan bin Abdul Rahman

10. Sejauh manakah partisipasi politik dan pilihan raya saling berkait?

- Mohd Noh bin Md. Yunus

- Shafezan bin Rusli

11. Sejauh manakah pengundi muda berpengaruh dalam menentukan corak politik di sesebuah negara?

- Muhamad Nazir bin Dalimi

12. Keanggotaan kabinet atau badan eksekutif patut didasarkan kepada kepakaran dan bukannya pertimbangan politik. Bincangkan.

- Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar

13. Bincangkan sistem parti dan pilihan raya di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

- Mohamad Khairul bin Abd. Samad

Sunday, March 7, 2010

Peringatan: Siswa Pbjj Ukm menjemput anda untuk sertai Facebook...

facebook
Hai Politik2my.siswa2a,
Penama berikut mengundang anda menjadi rakan mereka di Facebook:
Siswa Pbjj UkmSiswa Pbjj Ukm
Jemputan telah dihantar
Feb 18, 2010
 

Facebook ialah tempat yang terbaik untuk mengekalkan hubungan persahabatan, menghantar foto, video dan menganjurkan acara. Namun, sebelum itu anda perlu menyertai! Daftarlah sekarang untuk membina profil anda dan berhubung dengan orang yang anda kenali.
Terima Kasih,
Pasukan Facebook

Already have an account? Add this email address to your account here.
Facebook adalah percuma dan sesiapapun boleh menyertainya.
Daftar
Mesej ini ditujukan kepada politik2my.siswa2a@blogger.com. Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mel sebegini dari Facebook pada masa hadapan, sila klik di sini untuk berhenti melanggan.
Pejabat Facebook terletak di 1601 S. California Ave., Palo Alto, CA 94304.

Saturday, March 6, 2010

Kuliah Pertama Minggu Depan 14 Mac 2010 (Ahad)

Semua raka-rakan diingatkan menghadiri kuliah kurusus Analisis Pilihanraya SKSJ2093 (3A.508, Tingkat 4). Kehadiran awal adalah diharapkan bagi memudahkan sesi kuliah dapat disampaikan dengan berkesan oleh Prof. Agus. Terima kasih.