Saturday, January 23, 2010

Dua Peristiwa Berbeza Mewarnai Negara

Ada dua peristiwa berbeza dan di dua tempat berbeza mewarnai sejarah Malaysia pada hari ini. Di kala rakyat berdukacita dengan kemangkatan Al-Sultan Johor, Sultan Iskandar di ibu negara pula 9 orang mahasiswa ditahan polis kerana menyertai perhimpunan jalanan haram 'demokrasi kampus'. Alfatihah buat allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Sebagai mahasiswa, anda tidaklah sehebat mana sebab masih belajar (belum khatam) lagi. Sepatutnya kalau kata terpelajar, program perarakan tersebut hendaklah dibatalkan atau ditangguhkan kerana menghormati kemangkatan seorang Sultan Melayu di Malaysia. Adakah pelajar yang ditangkap itu bangsa bukan Melayu? Yang ramainya pelajar UIAM, UKM & KUIS. Rasanya Melayu semua...


Bicara anda berkenaan 'hak asasi' adalah tersasar dengan perjuangan & masalah demokrasi kampus. Kerajaan meletakkan anda sebagai mahasiswa di bawah AUKU. Saudara & saudari anda di Indonesia yang kerap melalak dan berdemonstrasi juga tidak membantu pembangunan ekonomi negara dan menjauhkan pelabur dari negara mereka. Sedarlah, ekonomi negara di seluruh dunia sedang tenat atau cukup-cukup makan. Tindakan anda sama seperti pembangkang yang tidak membantu kerajaan mengukuhkan ekonomi, sosial & politik. Percayalah, kalangan pakar ekonomi hari ini yang dahulunya hebat mengkritik kerajaan semasa di kampus juga kini tidak berkenan dengan tindakan anda. Hanya segelintir 'lawyer jalanan' dan 'human right watch' yang anda sanjung sahaja yang menyokong tindakan menyalak bukit itu. Anda telah terkelabu mata dengan perasaan hebat punya 'hak asasi' yang boleh digunakan merata tempat. Sedarlah wahai mahasiswa, tumpukanlah perhatian kepada pelajaran berbanding suka berpolitiking dan terikut-ikut gaya pembangkang. Malulah sikit dengan pelajar bukan Melayu yang sentiasa cemerlang dalam peperiksaan dan anda masih belajar dengan mengemis dan ihsan pinjaman PTPTN. Jangan lupa bayar balik hutang, sebab kalau gagal maka selalunya terus hilang tak bayar hutang...

No comments:

Post a Comment