Tuesday, November 1, 2011

Program "I Love My Ecosystem." (Kod: L7P4)

Salam sejahtera semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan dilindungi-Nya.

Untuk pengetahuan semua, program khidmat masyarakat seperti yang dibincangkan sewaktu kuliah HE2011 yang lepas, telah ditukar kepada program alam sekitar, iaitu Program "I Love My Ecosystem." Lokasi program juga telah ditukar ke lokasi Sungai Bernam, Kampung Datuk Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Dan tarikh yang dicadangkan adalah pada 09 dan 10 Disember 2011.

Sebab perubahan ini adalah kerana faktor teknikal dan mobilisasi yang dijangka menyukarkan perlaksanaan program tersebut.

Program ini telah mendapat persetujuan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Dato' Abd Rahman Bakri sewaktu pertemuan bersama pada 31/10/2011. Maka program usahasama ini dinamai:

"Program "I Love My Ecosystem," dengan kerjasama di antara Para Pelajar PBJJ Sains Sosial, UKM dengan Parlimen Sabak Bernam dan Komuniti Masyarakat Setempat."

Disamping itu juga, staf Politeknik Sabak Bernam juga akan bersama-sama menjayakan program tersebut.

Menariknya tentang program ini adalah, kita akan bersama-sama dalam memberi kesedaran dan pemahaman kepada penduduk setempat berkenaan dengan ekosistem. Aktiviti yang akan di jalankan adalah pembersihan Sungai Bernam, melepaskan benih ikan dan/atau katak, dan aktiviti-aktiviti sampingan lain yang akan diberitahu kelak.

Buat masa ini, kita belum dapat putuskan berapakah kutipan wang yang akan dibuat, memandangkan perbincangan sedang giat dijalankan. Namun, cadangan dan pendapat rakan-rakan semua amatlah dialu-alukan.

Untuk makluman semua, jumlah peserta dikalangan kita adalah seramai 27 orang, dengan tambahan enam orang dikalangan kursus Geografi dan Bahasa Melayu. Mereka adalah: Khalid Salamon, Mohd Faizal Zainal Abidin, mazlan Shamsuddin, Rohaizan Mat Hassan @ Ismail, Norshahida Ahmad, dan Norazizah Othman. Sekiranya ada nama yang tertinggal, sila hubungi saudara Khairul di 0123375458.

Seperti yang dijanjikan, kertas cadangan program akan dihantar kepada En. Nazri dalam minggu ini juga.

Lawatan ke tapak program akan diadakan pada 18/11/2011, pada jam 4.00 petang. Sekiranya rakan-rakan ada kelapangan, bolehlah bersama-sama untuk tujuan tersebut bagi melihat sendiri keadaan tapak program. Perjalanan untuk ke sana sekiranya dari KL, akan mengambil masa kurang lebih dua jam. Sila telefon saudara Khairul untuk keterangan lanjut.

Akhir kata, diharapkan rakan-rakan semua dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Pendapat dan cadangan anda amatlah dialu-alukan.

Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan semua.
Sekian, salam hormat dan terima kasih.


Admin.

No comments:

Post a Comment