Monday, November 21, 2011

Lawatan Ke Tapak Projek “I Love My Ecosystem”

Sabak Bernam, 18.11.2011: Seramai 8 orang pelajar PBJJ UKM terdiri daripada Penggajian Sains Politik Dan Bahasa Melayu yang diketuai oleh saudara Mohammad Khairul bin Abd. Samad telah turun ke padang untuk meninjau tapak program I Love My Ecosystem” yang akan diadakan pada 30hb hingga 31hb Disember 2011 bertempat di Kampung Dato’ Hormat,Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Program ini adalah dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Sabak Bernam & Komuniti Masyarakat Setempat dan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

Untuk pengetahuan semua, Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Perak di Utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di Timur, Kuala Selangor di Selatan Serta Selat Melaka di Barat . Bandar utama di sini adalah Pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekichan .


Sg Bernam

Sebahagian besar pelajar yang hadir pada hari tersebut merupakan pelajar yang tinggal di luar kawasan daerah ini dan ada diantara peserta tidak pernah menjejaki kaki di kawasan ini. Para peserta sanggup bertolak keluar dari kediaman masing-masing seawal jam 9.00 pagi dan berkumpul seawal jam 3.00 petang di Stesyen Minyak Shell, Sabak Bernam.

frog pic 2Pada jam 3.45 petang, para peserta berkonvoi ke Bangunan UMNO Sabak Bernam bagi menghadiri mesyuarat dan taklimat Program. Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam iaitu Y.B. Dato’Abd.Rahman Bakri dan dihadiri oleh Penghulu Sabak Bernam, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sabak Bernam, Pegawai dari Politeknik Sultan Idris Shah, JKKP Kampung Dato’ Hormat, Sg Air Tawar, Sabak Bernam. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan para peserta dan mengucapkan ribuan terima kasih atas pemilihan lokasi program yang akan diadakan

.

Y.B Mempengerusikan Mesyuarat




Pengerusi majlis mesyuarat memberi peluang kepada Ketua Pengarah Program iaitu Mohammad Khairul bin Abd. Samad dan dibantu Setiausaha Program saudara Muhammad Nazir bin Dalimi bagi membentangkan Kertas Kerja “I Love My Ecosystem”. Hasil perbincangan di dalam mesyuarat terdapat perubahan kecil berlaku dalam menjayakan program ini seperti tarikh program yang akan berlangsung, tentatif program dan anggaran belanjawan bagi menjayakan program ini.

Tuhan seakan merestui perjalanan program yang aturkan. Cuaca yang tadi hujan dengan lebat bertukar menjadi renyai-renyai. Sebaik selesai mesyuarat kira-kira jam 6.30 petang, para peserta dibawa ke Tapak Projek. Jarak diantara Pekan Sabak Bernam dengan Kampung Dato’ Hormat,Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, dianggarkan sejauh 17 km atau kira-kira 20 minit.

Sebaik tiba para peserta di tunjukkan ke tempat akan berlangsungnya acara tersebut nanti. Program yang akan di langsungkan akan melibatkan sebatang anak sungai – iaitu Sg Bernam dan sebatang parit besar dimana para peserta akan dilepaskan dengan menaiki sampan untuk mengutip sampah.



Selepas meninjau kawasan, para peserta disajikan dengan mee goreng Kampung Dato’ Hormat,Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Dimana terdapatsebuah gerai makanan di tepi lokasi tersebut. Perbincangan diteruskan di dalam gerai tersebut.

Tepat jam 7.45 malam, para perserta bertolak pulang ke rumah masing-masing.

Nama peserta yang hadir ke Taklimat Program Tersebut : -

Mohammad Khairul bin Abd. Samad

Norazizah binti Othman

Muhammad Nazir bin Dalimi

Zainal bin Sanusi

Mat Sudin bin Taupek

Khalid Bin Salamon

Shafezan bin Rusli

Mohd Sallehuddin bin Saidin

1 comment: