Tuesday, December 27, 2011

MAKLUMAT TERKINI “I LOVE MY ECOSYSTEM”






Bertemu kita sekali lagi di laman blogs ini. Tinggal 3 hari sebelum menjelang program yang akan dijalankan. Pelbagai informasi terkini yang perlu diambil tindakan bersama dari hasil mesyuarat yang telah dijalankan pada 26.12.2011 di Pejabat Parlimen Bagan Nokhoda Omar, Sabak Bernam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En.Sanawi yang mewakili Dato’ Abdul Rahman Bakri. Tuan pengerusi memberi laluan kepada Ketua Pengarah Program I Love My Ecosystem iaitu saudara Mohammad Khairul dan dibantu Setiausaha Program iaitu saudara Muhammad Nazir bagi untuk memberi taklimat berhubung perkembangan terkini perjalanan program yang akan dianjurkan bersama dengan Pejabat Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Mesyuarat tersebut berjalanan dalam keadaan yang harmoni. Taklimat yang sampaikan oleh Ketua Pengarah program mendapat reaksi yang positif dari wakil –wakil komuniti setempat yang dilantik.

Sebaik sahaja selesai mesyuarat tersebut selesai, ketua Pengarah Program mengambil tempat bagi mengadakan menyuarat dengan AJK induk hadir pada hari tersebut.

Hasil berbincangan dalam mesyuarat tersebut, banyak perkara perlu diambil tindakan bersama untuk penambahbaikan perjalanan yang akan dilangsungkan. Antara tindakan perlu yang diambil adalah : -

a. Setiap AJK yang dilantik perlu mengemaskini status tugasan masing-masing dan memaklum kepada AJK Induk ( Majlis Tertinggi)

b. Memaklum kepada AJK Induk (Majlis Tertinggi) setiap perubahan/status terkini perjalanan tugasan AJK bagi memudahkan pemusatan informasi dan maklumat untuk disebarkan kepada para peserta.

c. Para peserta diwajibkan memakai Tag Nama “Kad Matrik” sepanjang perjalanan program yang akan diadakan.

d. Para peserta diwajibkan membawa pakaian sukan yang bersuaian dimana pada sebelah petang 30.12.2011 (jumaat) akan diadakan perlawan persahabatan diantara peserta program dengan para pelajar Politeknik Sabak Bernam.

e. Perlu diingat sekali lagi….. hamper bernilai RM 30.00 atau lebih perlu dibawa setiap peserta.

f. Para peserta yang menaiki bus perlu ingat sekali lagi…. Mesti berada di Park & Ride UKM sebelum Jam 9.00 pagi (30.12.2011). Lambat tinggal….


Senarai Kehadiran Mesyuarat 26.12.2011

1. Muhammad Khairul Abd.Samad ( Ketua Pengarah Program)

2. Norazizah Othman ( Tim. Ketua Pengarah Program)

3. Muhammad Nazir Dalimi ( Setiausaha Program )

4. Zaiton Abdullah ( Bendahari )

5. Zainal Sanusi

6. Azwan Tamin

7. Mat Sudin Taupek

8. Mohd Sallehuddin Bin Saidin

9. Gaure A/P Perumal

10. Yap Hui Hsein

11. Rosmaliza Mohamed Rashid

12. Khalid Salamon

13. Mazlan Bin Shamsuddin



No comments:

Post a Comment