Sunday, December 11, 2011

Maklumat Terkini "I Love My Ecosystem"

Tok Ketua - Pengerusikan Mesyuarat

Seperti yang diwar-warkan didalam facebook – I Love My Ecosystem, sebaik sahaja selesai kuliah ekonomi politik antarabangsa pada 10.12.2011 (sabtu) kira-kira jam 1.45 pm, satu mesyuarat telah diadakan di perkarangan bangunan baru wawasan, Ukm Bangi bagi menyelaras dan pemberitahuan maklumat terkini berhubung perjalanan perancangan program yang akan dilangsungkan pada 30hb Dec hingga 31hb Dec 2011 yang bertempat di Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Mesyuarat ini dipengerusikan “Tok Penghulu” iaitu saudara Mohammad Khairul Bin Abd. Samad.

Penglibatan Para Pelajar Dalam Mesyuarat

Hasil mesyuarat, ada beberapa keputusan yang perlu diambil tindakan bersama bagi kesemua peserta yang menyertai program ini antaranya : -
1. Para peserta yang menaiki “shuttle” (Bus) perlu berkumpul di UKM, Bangi pada 30.12.2011( jumaat) jam 8.30 pagi.
2. Proses pendaftaran peserta akan dibuat pada jam 12.00 t/hari di rumah cikgu Nor Azizah yang beralamat No. 15, JLN 2/3, TAMAN PURNAMA 2 , Sg Besar (Belakang Petronas Pekan Sg Besar). Makan tengahari disediakan cikgu Azizah.
3. Kesemua peserta diwajidkan menyediakan/membawa satu hamper yang bernilai RM 30.00. Sekiranya para peserta boleh menyediakan /memberi lebih dari satu amat dialu-alukan.
4. AJK-AJk yang dilantik perlu mengemaskini “up-date” tugasan masing-masing”
5. Para peserta digalakkan mencari penaja “sponsor”
6. Para peserta yang belum membuat bayaran RM 100.00 perlu membayar dengan segera pada bendahari.

Program. Mesyuarat ini selesai tepat pada jam 3.15 petang dan hasil perbincangan dalam mesyuarat itu juga, satu mesyuarat bakal diadakan diantara Pegawai dari Politeknik Sultan Idris Shah, JKKP Kampung Dato’ Hormat, Sg Air Tawar, Sabak Bernam bagi mengetahui perkembangan dan persiapan terkini program tersebut. Mesyuarat tersebut dirancang pada 26.12.2011 di Dewan UMNO Sabak Bernam. Kehadiran para AJK yang dilantik amat dialu-alukan. Sekiranya ada diantara AJK ingin menyertai sila hubungi “TOK KETUA”.

Berikut adalah Senaria nama kehadiran Mesyuarat yang diadakan : -

1. Mohamad Khairul Abd Samad ( Tok Ketua ) – Pengerusi/Ketua Pengarah Program
2. Norazizah binti Othman – Tim.Pengarah Program
3. Ahmad Ridzalman bin Kamarudin
4. Gaure a/p Perumal
5. Yap Hui Hsien
6. Linda binti Ghazali
7. Mat Sudin bin Taupek
8. Rozihan bin Abdul
9. Shafezan bin Rusli
10. Siti Fatimah binti Muhamed
11. Zainal bin Sanusi
12. Zaiton binti Abdullah
13. Zulkifli bin Ab Hamid
14. Mohd Sallehuddin Bin Saidin
15. Khalid Bin Salamo
16. Mazlan Bin Shamsuddin

No comments:

Post a Comment