Monday, October 5, 2009

Kemeriahan Sambutan Hari Raya

03 Oktober 2009 (sabtu). Sebagaimana yang telah dirancang dan dipersetujui, rakan-rakan sekuliah beraya sakan pada hari tersebut. Apatah lagi dengan kelaparan Prof. Agus yang turut meraikannya bersama-sama. Tok Ketua segak dengan baju melayu dan paling mengancam tak lain tak bukan Ratu Venezuela iaitu Linda... lihatlah rakaman kemeriahan mereka...

Masing-masing memang kebulur, melantak sakan...

Prof. Agus memang tengah kelaparan...

Bergambar beramai-ramai, tukang ambik gambar tak dok... huhuhu...

Sempat singah beraya kat umah Prof. Agus lepas abis kuliah

Walaupun dah besor panjang, tetap kena beratur !

Terima kasih kepada Rosmaliza dan adik kita Taufik kerana menguruskan katering dengan menu yang memang sodaaapppp. Nasi beriani, lomang, nasi impit, rendang, masak lode,air dan buah. Malangnya Taufik tak dapek joint sebab dah sibuk melayan cewek-cewak dari UiTM Dungun yang membuat lawatan sambil belajar. Sementara itu, kuliah SKAJ2153 Perlembagaan Malaysia pada hari tersebut, Prof. Agus akan mengantar semua proforma dan tajuk tugasan semua pelajar kepada moderator. Insyaallah, maklumat tersebut akan dipostingkan sebaik sahaja diterima dari Prof. Agus.

1 comment:

  1. Salam,
    Pertama sekali ucapan terima kasih pada prof Agus yang membenarkan "pencurian masa" waktu pembelajaran untuk kita adakan jamuan hari raya ini.Keduanya kepada 3 tenaga penting yakni tok ketua,Moderator dan Romaliza Rashid yang menyediakan segala urusan pengurusan, hebahan dan makanan.Ketiganya kepada semua yang membiayai wang saku masing2 Ringgit Malaysia(RM)20, untuk kita jayakan majlis ini, Syukur Alhamdulilah.Jelas pada kita ukhwah yang diciptakan sejak setahun lepas semakin akrab dan ketat bertau,kepada Yap dan Gauri this is what we called it as 1MALAYSIA, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.Salam Mesra dari Hotel Gouman,Port Dickon.

    ReplyDelete