Sunday, October 11, 2009

Sesi Kuliah SKSP 2053 - Kedinamikan Sistem Antarabangsa

Semalam hanya seramai 16 orang rakan yang menghadiri kuliah SKSP 2053 Kedinamikan Sistem Antarabangsa yang disampaikan oleh Dr. Zairina dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Kuliah bermula jam 9.00pagi - 3.30 petang. Selain itu turut diberikan ialah proforma kursus dimana tugasan diberi markah 40% dan peperiksaan akhir pula 60%. Berikut ialah tajuk tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar semasa peperiksaan akhir nanti.
Cik Yap Hui Hsien / Abdul Rani bin Hashim
Tajuk: Adakah insiden 11 September mengubah landskap sistem antarabangsa? Kenapa? Apakah kewajaran US dalam peperangan di Afghanistan?
Mat Sudin bin Taupek / Zainal bin Sanusi
Tajuk: Apakah sifat-sifat sistem antarabangsa semasa Era Pasca Perang Dingin? Adakah era ini lebih selamat atau lebih bahaya berbanding dengan Zaman Perang Dingin? Mengapa?
Mohd Noh Md Yunus / Rosmaliza binti Mohamed Rashid
Tajuk: Apakah perbezaan nyata antara rerionalisme dan globalisasi. Bagaimanakah sama ada regionalisme atau globalisasi boleh membantu kemakmuran bersama?
Shafezan bin Rusli / Ahmad Ridzalman bin Kamarudin
Tajuk: Apakah itu teori? Mengapa kita perlukan teori untuk mempelajari hubungan antarabangsa dan menganalisakan sesuatu isu perdebatan dunia? Asaskan hujahan anda dengan merujuk kepada andaian-andaian realisme/liberalism/konstruktivisme. Berikan contoh-contoh semasa.
Mohd Sallehuddin bin Saidin / Zulkifli bin Ab Hamid
Tajuk: Pilih satu isu transnasional atau isu baru dalam Hubungan Antarabangsa. Bagaimanakah isu ini menyumbang ke arah ketidakstabilan dan ketidakselamatan rantau atau Negara? Pilih satu teori sesuai dalam analisis anda.
Gaure a/p Perumal / Nurazila binti Mohd Taib
Tajuk: Apakah itu "hegemonic stability theory"? Bagaimanakah dan atas syarat-syarat apa, sesuatu kuasa besar hegemonik akan membekal dan mengenalpastikan kestabilan dan tatacara antarabangsa?
Mohd Norsharnusi bin Mohd Isa / Rozihan bin Abdul Rahman
Tajuk: Apakah peranan dan limitasi organisasi-organisasi antarabangsa? Mengapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seringkali tidak dapat menyelesaikan perselisihan antarabangsa seperti yang berlaku di Timur Tengah atau Semenanjung Korea? (Anda boleh memilih mana-mana rantau atau isu hubungan dua hala sebagai contoh).
Azwan bin Tamin / Mohamed Hatta bin Hussin
Tajuk: Pilih satu institusi antarabangsa serantau (seperti ASEAN, Kesatuan Eropah, Shanghai Cooperation Organization, APEC, dll) dan bincangkan bagaimana innya menyumbang ke arah keamanan dan pembangunan rantau tersebut.
Siti Fatimah binti Muhamed / Zaiton binti Abdullah
Tajuk: Pilih satu perselisihan wilayah (misalnya persengketaan ke atas Keplauan Spartly's) atau satu krisis antarabangsa (misalnya krisis nuklar di Korea Utara), dan bincangkan kepentingan dan limitasi diplomasi di dalam usaha-usaha menyelesai/menanganinya.
Mohamad Khairul bin Abd. Samad / Muhamad Nazir bin Dalimi
Tajuk: Bincangkan bagaimana pembangunan tidak setara menggugat keamanan dan kemakmuran sejagat. Gunakan contoh-contoh semasa.
Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar / Zailani
Tajuk: Pilih satu isu alam sekitar kontemporari. Bagaimanakah ia menjadi isu hubungan antarabangsa. Apakah rumusan yang boleh anda buat.
Mohd Faizal bin Jaafar / Linda binti Ghazali
Tajuk: Kenapakah pentingnya Negara mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara yang lain. Bolehkah ia memakmurkan dan memberi kesejahteraan terhadap sistem antarabangsa? Bagaimana?
____________________________________________________________________
from: amal iqtisadiy <amal_aliqtisadiy@yahoo.com>
date: Mon, Oct 12, 2009 at 12:49
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada para pelajar SKSP 2053. Anda diminta untuk menyerahkan tugasan yang dibuat kepada PENGHULU untuk diserahkan kepada Dr. Zarina Othman pada hari peperiksaan akhir SKSP 2053.
Selamat Berjaya.
Terima kasih
Amal
bp Dr. Zarina Othman

1 comment:

  1. Apa2 yang berkaitan dengan ASEAN kiranya terjumpa dan terdapat dalam tugasan rakan2 mohon dipanjangkan kepada saya dan azuan tamin.Terima Kasih

    ReplyDelete