Tuesday, October 27, 2009

Tajuk Tugasan & Proforma SKSJ2153 Kerajaan & Perlembagaan Malaysia

Perhatiannnn!!!

Mohammad Agus Yusoff
Tue, Oct 27, 2009 at 3:56 PM
To: Student Sains Politik
Reply Reply to all Forward Print Delete Show original

Tugasan perlu ditulis secara individu dan pembentangan dilakukan secara kumpulan.

Salam.


____________________________________________________________________
2009/10/26 Mohammad Agus Yusoff agus_ukm@yahoo.com

Ambil perhatian supaya pelajar dapat menyiapkan tugasan masing-masing dan serahkan pada 22 November 2009. Pembentangan esei secara kumpulan diperuntukkan 10 markah. Oleh itu, harap semua pelajar dapat hadirkan diri pada pertemuan kedua nanti. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan saudara/i kehilangan 10 markah.
Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal (pertengahan/akhir) dengan perinciannya)

Tugasan - 30%
Pembentangan dan penyertaan - 20%
Peperiksaan akhir - 50%

Segala persoalan, harap hubungi saya. Tidak ada pertukaran tajuk dibenarkan.
Salam.
Tajuk Tugasan:

1. Bincangkan sejarah penggubalan undang-undang merdeka oleh Suruhanjaya Reid.
Zulkifly Hamid dan Mohd Noh

2. Bincangkan konsep demokrasi berparlimen dan raja perlembagaan.
Zulkifli Mokhtar, Ahmad Rizalman

3. Huraikan fungsi Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong.
Muhammad Nazir dan Zailanni Amit

4. Apakah prinsip jus soli? Mengapakah orang Melayu menolak prinsip ini dari diperkenalkan?
Nurazila dan Zaiton Abdullah

5. Dengan merujuk kepada perlembagaan, bagaimanakah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan?
Siti Fatimah dan Rosmaliza

6. Dengan merujuk kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, relevan lagikah ISA sebagai akta tahanan pencegahan dikekalkan?
Mohamed Hatta dan Abdul Aziz

7. Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu dan peruntukannya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Azwan Tamin

8. Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh manakah peruntukan ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia?
Mohd Sallehuddin dan Mat Sudin

9. Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Mengapakah peruntukan khas ini diberikan kepada negeri berkenaan?
Zainal Sanusi dan Mohd Norsharnusi

10. Bincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan pilihan raya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan. Perbincangan juga boleh merujuk kepada peruntukan Akta Pilihanraya yang berkaitan.
Rozihan dan Abdul Rani

11. Murtad masih merupakan isu utama dalam hubungan beragama di Malaysia, sedangkan Perlembagaan telah memberi jaminan hak beragama di Malaysia. Bahaskan.
Shafezan dan Linda Ghazali

12. Bincangkan peruntukan yang sesuai berkaitan dengan kedudukan istimewa Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Gaure Perumal dan Yap Hiu Hsien

13. Huraikan peranan suruhanjaya di Malaysia. Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada peruntukan yangs esuai dalam perlembagaan.
Mohd Faizal

14. Bincangkan jenis dan kuasa mahkamah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan.
Mohammad Khairul
Esei hendaklah ditulis mengikut gaya UKM dengan menggunakan Font Times New Roman, 12 point dan langkau 1.5 baris. Panjang esei hendaklah di antara 15-20 muka surat. Esei hendaklah ditulis secara individu dan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan pada 22 November 2009. Penyerahan esei selepas dari tarikh ini tidak akan diterima.

Ambil perhatian bahawa semua pelajar hendaklah membentangkan esei masing-masing pada pertemuan 22 November 2009. Bagi tajuk yang ditulis oleh lebih dari seorang, perbincangan dan penyelarasan perlulah dilakukan supaya hanya seorang pelajar sahaja membentangkan tajuk masing-masing. Markah pembentangan akan diberikan mengikut kumpulan.

Peringatan: Plagiarisme adalah satu kesalahan akademik yang besar. Sesiapa yang didapati memplagiat hasil kerja orang lain tanpa menyatakan sumber rujukan asal tidak akan diberi sebarang markah.

No comments:

Post a Comment