Sunday, October 11, 2009

Sesi Kuliah SKSJ 1043 - Pengantar Pentadbiran Awam

Kuliah SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Agus bin Yusoff pada 12 September 2009 (sabtu) yang lepas. Kuliah seminggu sebelum sambutan hari raya tersebut sudah disulami dengan demam raya. Proforma kursus adalah seperti berikut;

Tugasan : 30%
Pembentangan & Penyertaan : 20%
Kuiz : 10%
Peperiksaan akhir : 40%

Pembentangan tugasan dalam bentuk power point dan kuiz akan dibuat dalam perjumpaan kali kedua pada 1 November 2009 akan datang. Tugasan hendaklah dibuat secara individu dan senarai tajuk tugasan adalah seperti berikut;


Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar
Tajuk 1: Bincang teori birokrasi Max Webwe. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Rosmaliza binti Mohamed Rosli / Zulkifli bin Abdul Hamid
Tajuk 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara.

Mohd Sallehuddin bin Saidin
Tajuk 3: Bincangkan konsep reformasi pentadbiran dan reinventing goverment. Perbincangan anda hendaklah merujuk kepada perkembangan pentadbiran masa kini di salah sebuah negara yang anda pilih.


Zailani / Nurazila binti Mohd Taib
Tajuk 4: Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?


Mohamedd Hatta bin Hussin
Tajuk 5: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.


Zaiton bin Abdullah / Ahmad Ridzalman bin Kamaruddin
Tajuk 6: Motivasi adalah penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor.


Zainal bin Sanusi / Mat Sudin bin Taupek
Tajuk 7: Dengan merujuk kepada contoh dari dua negara yang berbeza, bincangkan perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan spoil system.


Siti Fatimah binti Muhamed
Tajuk 8: Sejauh manakah kerajaan elektronik dikatakan sebagai satu kaedah ke arah mencapai pengurusan strategik yang berkesan?


Rozihan bin Abdul Rahman / Cik Yap Hui Hsien

Tajuk 9: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih.

Linda binti Ghazali

Tajuk 10: TQM dan ISO (International Organization for Standardization) berjaya dalam meningkatkan kecekapan pengurusan. Sajauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Abdul Rani bin Hashim / Mohd Noh bin Md. Yunus / Shafezan bin Rusli

Tajuk 11: Bincangkan konsep new public management. Apakah aspek yang ditekankan dalam pengurusan awam baru ini?


Mohd Nazir bin Dalimi
Tajuk 12: Dengan merujuk kepada sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam negara, bincangkan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sistem penyampaian.

Mohamad Khairul bin Abd. Samad / Azwan bin Tamin
Tajuk 13: Konsep Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah saling berkaitan. Bincangkan.

1 comment:

  1. salam,
    saya mengalu-alukan kiranya tn/pn yg mempunyai bahan atau apa-apa jua yang membantu didalam tajuk tugasan saya yakni analisis swot utk tampil memberikan input begitu juga kiranya saya menemui bahan2 yang berkaitan dengan tajuk tugasan rakan2 lain akan saya berikan sekadar bertujuan utk meringankan dan menambahkan bahan2 untuk tugasan masing2.

    ReplyDelete