
Tidak dinafikan, seperti kata Mohd Noh (moderator) bahawa kita adalah siswa2A yakni singkatan kepada “mahasiswa tua”, namun ia bukan faktor penghalang kepada azam dan iltizam untuk menyempurnakan pembelajaran kami bahkan dengan berkat dan doa dari seluruh anggota keluarga kami terutama ibu-bapa, isteri dan anak-anak moga-moga usaha kami termakbul hendaknya.” Ok, ok.
Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-handai rakan-kelas yang memberi kepercayaan dan seterusnya sebulat suara melantik saya menjadi Ketua Kelas. Kadang-kadang terasa geli-hati kerana proses ini berulang kembali. Saya fikir, itu telah berlalu dan hanya anak sulung saya yang menghadapi situasi ini di dalam kelasnya di sekolah. Namun apa-daya, saya terpaksa mengharunginya kembali demi segulung ijazah.
Jikalau terdapat kesilapan atau kesalahan dalam menjalankan tugas ini nanti, saya memerlukan satu kerjasama yang baik dari sahabat-handai rakan-kelas yang lain. Begitu juga jika terdapat kesilapan dan kesalahan semasa melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan, maka janganlah segan-silu untuk menegur dan memperbetulkan saya. Almaklumlah, kita ini manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan dan kesilapan. Kita manusia bukan maksum terlepas dari kesalahan dan dosa.
Kepada sahabat saya, Mohd Noh dan partners-in-crime nya yang lain, tahniah kerana dapat mengadakan blog ini, semoga ianya dapat dijadikan satu rangkaian penghubung di antara kita semua juga penghubung dengan dunia luar agar apa sahaja bahan yang diisi-muat di dalamnya dapat dikongsi secara sejagat.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment