Tuesday, March 17, 2009

Sesi Kuliah SKSJ 1023 Pengantar Teori Politik

Kelmarin 15 Mac 2009 (Ahad) kita telah mengikuti Sesi Kuliah Kursus SKSJ 1023 Pengantar Teori Politik yang disampaikan oleh Dr. Kartini binti Khalid. Walau bagaimanapun saya tidak dapat bersama rakan-rakan mengikuti kuliah tersebut kerana urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Saya difahamkan pada pertemuan akan datang, quiz akan diadakan dan rakan-rakan semua hendaklah bersedia. Semua pelajar dikehendaki menghantar nama, no. pelajar dan alamat emel kepada Dr. Kartini melalui emel dengan segera bagi tujuan rekod. Emel Dr. Kartini ialah kartini_khalid@yahoo.com. Pohon kawan-kawan yang ada nota2 berkaitan, pohon emelkan kepada saya untuk diuploadkan.

Bagi tugasan esei individu, markah yang diperuntukan ialah 20%. Markah quiz juga 20% dan final exam memberi markah 60%. Sila hantar tugasan kepada Puan Deti Irmayani pada pada hari Ahad 16 Mei 2009. Tugasan lewat dihantar tidak akan diterima. Tajuk-tajuk kertas tugasan adalah seperti berikut;

01. Apakah gambaran ciri seorang pemerintah yang diimpikan oleh Plato dalam karyanya "Republic.”
02. Bincangkan pendekatan Behavioralist yang dilihat lebih objektif dan empirik.
03. Bahaskan bicara the end justifies the mean dalam teori klasik Machiavelli.
04. Ramalan Marx bahawa kapitalisme akan musnah dan digantikan dengan sosialisme adalah tepat. Bahaskan.
05. Sejauhmana kemunculan kelas dalam masyarakat adalah hasil daripada aktiviti ekonomi.
06. Dalam teori kelas, kesedaran kelas adalah matlamat utama yang mahu dicapai. Bincangkan.
07. Menurut teori konflik, undang-undang dicipta oleh golongan atasan untuk memelihara kepentingan mereka. Nyatakan pendapat anda.
08. Pendekatan mendapatkan persetujuan menerusi hegemoni adalah juga false consciousness. Bincangkan.
09. Penerapan taat setia menerusi superstructure membolehkan sesuatu regim mengekalkan pemerintahannya. Nyatakan hujah anda.
10. Nyatakan perbezaan dan persamaan hegemoni dalam pandangan Gramsci dan Marx.
11. Teori modernisasi merujuk kepada model pemodenan Barat sebagai panduan pembangunan yang sesuai untuk negara sedang membangun. Setuju atau tidak.
12. Hubungan satelit dan metropolis sehingga kini masih menunjukkan dominasi dan eksploitasi. Bincangkan.
13. Menurut teori elit “power is in the hand of a few.” Bincangkan.
14. Bincangkan keperluan teori permuafakatan dalam masyarakat pelbagai kaum.
15. Teori pasca-moden melihat fenomena sosial dalam bentuk yang skeptical. Bahaskan.

5 comments:

  1. boleh pilih mana2 tajuk saja ker??? @ dr kartini dah siap pilihkan

    ReplyDelete
  2. Tak tau ler pulak sbb aku tak datang aritu. Harap kekawan yg datang tolong bagi info apake jadah kena buat dgn tajuk2 ni...

    ReplyDelete
  3. Boleh pilih mana-mana tajuk yang difikirkan sesuai.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Bila ek nak anta Dr.K punya keje?

    ReplyDelete
  5. Kena antor b4 16 Mei 2009. Next week kita ada kelas, quiz kita mintak extend lagi...

    ReplyDelete