Sunday, March 15, 2009

Sesi Kuliah ZZZT 1042 Hubungan Etnik


Hari ini semua pelajar digabungkan bagi mengikuti kuliah ZZZT 1042 Hubungan Etnik yang di sampaikan oleh En. Nasruddin bin Yunos. Performa kursus ini adalah seperti berikut;

Peperiksaan Akhir
–60% (50 soalan objektif), masa 1 jam 30 minit
Tugasan
–30% (Markah berkumpulan)
Pembentangan
–10% (Markah berkumpulan)

Buat pertama kalinya juga pelajar diberi tugasan yang berbentuk kajian kes di lapangan. Tugasan adalah berdasarkan 11 tajuk yang dipecahkan kepada 11 kumpulan. Saya terlibat di dalam kumpulan 4 yang akan membuat tugasan bertajuk "Media berperanan mengukuhkan dan meruntuhkan perhubungan etnik di Malaysia. Kajian kes". Setiap kumpulan juga dikehendaki menyediakan borang kajian sosal selidik kepada 30 orang responden bagi tajuk masing-masing. Tugasan hendaklah dikemukakan dalam bentuk hardcopy dan softcopy (burn data to cd). Sesi pembentangan mengambil masa sekitar 20 minit dan setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas. Sila rujuk panduan seperti yang diberikan di dalam nota.

Selain dari itu, semua rakan-rakan dipohon memaklumkan tajuk tugasan kumpulan masing-masing kepada saya utuk dimuatkan di dalam blog ini dengan segera, kerana semua tajuk yang diberikan adalah amat penting bagi tujuan maklumat dan rujukan.

1 comment:

  1. tkasih dn seronok bila baca blog ni. akak dari group geografi dapat tajuk Persepsi Masyarakat Mengenai Kerelevenan Parti Politik berterASKAN KAUM DI mALAYSIA.ADA apa2 nak tolong ke.mana tau ade idea ke.boleh gak buat isi tambahan.

    ReplyDelete