Sunday, March 29, 2009

Sesi Kuliah SKSJ 1013 Pengantar Sains Politik

Semalam 28 Mac 2009 (sabtu) merupakan kuliah terakhir bagi pusingan pertama pada semester 2 ini. Kursus SKSJ 1013 Pengantar Sains Politik di sampaikan oleh Prof. Dr. Ghazali Mahyudin di Bilik kuliah 3F 301 yang di ikuti oleh seramai 19 orang pelajar. Untuk makluman Tok Ketua hadir sebaik sahaja kuliah selesai kerana jirannya telah meninggal dunia pada pagi yang sama, sementara itu Hatta pula sibuk mengikuti hari terakhir persidangan Agong UMNO Malaysia. Kelas dapat diikuti dengan ceria disulami pelbagai lontaran pendapat dan soalan antara pelajar dan Prof. Ghazali. Pelbagai isu politik semasa turut diperjelaskan dan diperbincangkan termasuk mengenali istilah golongan APATHY dan mobokrasi.

Bagi tujuan peperiksaan pula, Prof. Ghazali menjelaskan terdapat dua bahagian yang perlu dijawab iaitu;

Bahagian A:

Terdapat 7 soalan dan perlu di jawab 5 soalan sahaja dengan jawapan soalan tentang penjelasan konsep dan istilah tertentu. Jawapan patut dibuat dalam bentuk esei pendek.

Bahagian B:

Terdapat 4 soalan dalam bahagian ini dimana semua pelajar perlu menjawab 2 sahaja dengan esei panjang selengkapnya berdasarkan skop soalan.

Bagi kerja kursus dan kajian kes pula hendaklah dihantar pada atau sebelum 30 Mei 2009.

Terima kasih.

2 comments:

  1. Mari kita berkongsi pengalaman bagaimana menjawab soalan dalam peperiksaan. Untuk makluman kawan2 semua, strategi serta teknik menjawap soalan adalah sangat penting. Bagi kursus ini pada Bahagian A, kita sepatutnya menjelaskan sesuatu konsep dalam setengah muka surat. Kalau dapat panjang sikit adalah tidak lebih satu muka surat. Bagi Bahagian B, kita sepatutnya menjawab soalan sepanjang satu setengah hingga dua muka surat dan ia adalah mencukupi. Bagaimana kita mampu untuk mengingati pelajaran ini? Kita mampu dengan cara 'study smart' iaitu dengan membaca keseluruhan buku teks yang dibekalkan dan kita seharusnya menulis jawapan bagi soalan-soalan pendek dan menyediakan 5 jawapan bagi soalan esei yang panjang. Lakukannya seminggu sebelum exam dan baca berulang kali jawapan2 tadi.

    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  2. Mekasih bro Noh atas tip2 tu..

    ReplyDelete