Thursday, March 5, 2009

Krisis Perlembagaan Di Perak


Sebagai pelajar Sains Politik sudah tentu kita amat berminat dan mengikuti secara dekat perkembangan politik di Perak. Keadaan semakin sukar dan disifatkan sebagai suatu Krisis Perlembagaan. Semalam Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendesak kerajaan mengisytiharkan darurat di Perak. Sebelum ini Prof. Dr. Mohammad Agus menyatakan "kalau di atas pokok sekalipun sah" iaitu merujuk kepada sidang DUN Perak secara tergempar di bawah pokok yang dipanggil oleh YB. Sivakumar. Secara peribadi saya masih belum dapat mengupas isu di Perak secara ilmiah kerana kita ini budak baru belajar. Pun begitu, sdra/sdri dijemput menyatakan pandangan dan ulasan terhadap situasi politik Perak.

1 comment:

  1. di mana keadilan?wujudkah lagi keadilan?bagi yang lompat parti,baik letak jawatn..biar pengundi yang memilih siapa yang layak memerintah..

    ReplyDelete